in , , , , ,

Destiny 2: Mode PvP 2v2 Couple Double, Crimson Days Kembali Dengan Map Destiny 1

Dah penat main 4v4 sejak pelancaran Destiny 2? Haa, inilah masanya untuk uji keakraban partner in crime korang dalam Crimson Double.

Terdapat pelbagai barangan kosmetik yang boleh didapati untuk setiap guardian dan kebanyakan pilihan kosmetik kali ini boleh didapatkan dengan bermain beberapa quest!

  • Milestone –  Bermain 5 Crimson Days (PvP) dan jumpa Lord Shaxx di Tower untuk mendapatkan Crimson Day Emblem dan Ghost Shell Tirastella.
  • Crimson Days Crucible – Peluang untuk mendapatkan Undeterred Exotic Sparrow.
  • Leviathan Raid atau Raid Lair – mendapatkan ornament exotic Dieselpunk untuk Wardcliff Coil di dalam chest akhir raid.
  • Nightfall Strike – Flaunting Dance Emote.

Map PvP D1, Burning Shrine dibawa kembali dari masa hadapan “Vex”‘

Kepada guardian veteran yang rindu akan map Burning Shine tetapi benci akan silauan matahari di luar pintu point C? Kali ini map Burning Shrine yang berada di Mercury akan berada di dalam “masa hadapan” mengiut kisah Osiris, di mana atmosfera akan kelihatan lain dari peta yang asal dari D1.

Map ini dibawa khas untuk PvP Crimson Days di mana guardians akan bermain PvP 2v2.

Bungie Kurangkan Barang Kosmetik Berulang

Bungie memperbahrui RNG engram Crimson. Crimson engram mempunyai kebanyakan ganjaran terbaru dan tidak akan memberi sebarang drop yang sama sehingga Guardians telah mendapat kesemua gear terbaru Crimson Days.

Hmm barulah berbaloi nak grind barangan Crimson Days kali ini kalau tak dapat duplicate. Penulis juga tertanya akan mekanik PvP Crimson Days jika ia adalah sama seperti di D1 di mana apabila korang tinggal seorang yang hidup, guardian tersebut akan mndapat ‘Buff’ menjadi lebih tough!

Written by Sarah Akirien

Penulis dan Video Content Editor JomGaming ini seorang yang kecil-kecil cili padi. Seorang gamer yang sentiasa berhalusinasi dalam alam fantasi. Penembak tegar Destiny dan Overwatch. Twitch.tv/akirien

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Buat Kali Pertamanya, Jumlah Pemain PUBG Mencatatkan Penurunan Di Steam

Metro Exodus Janjikan Map Lebih Besar Di Permukaan Bumi, Boleh Gunakan Kenderaan!