Keindahan flora dan fauna mekar di perkelilingan galaksi Destiny 2 (D2). Sempena musim bunga ini, Bungie telah membawa mini-event The Revelry dari 16 April sehingga 5 Mei kepada semua pemain D2.

Mak Cik Eva Levante Pulang Ke Tower Dengan Bunga Dan Bunnies

Eva membawa pokok tonik Revalry yang berlampu biru dan berisi tonik kehijauan.

Tempoh hari, Eva datang bawa biskut untuk musim natal, sekarang Eva membawa pelbagai bounty baru yang lebih ceria berwarna-warni. Menyiapkan bounty Eva akan memberi Reveler’s Essence yang boleh ditukar kepada reward mengandungi weapon drop, Enhancement Cores serta ornament untuk helmet Inaugural Revelry.

Tak cukup hopster lagi ke tanduk kami ni?

Bila memakai full set armor dari set Inaugural Revelry atau Vernal Growth armour akan membuat ornament tanduk lebih besar dan cerah!

Verdant Forest; Osiris hijack timeline dan mengubah konsep Infinite Forest lagi!

Alamak, buat hal lagi pakcik botak ini. Kembali memasuki ke dalam Verdant Forest, variant yang lebih ceria di dalam Infinite Forest. Bunuh sebanyak mana area yang boleh supaya dapat extra time membunuh 5 boss. Lagi banyak boss bunuh sebelum masa tamat, lagi tinggi peluang untuk mendapatkan set armour untuk drop!

Guardians akan mendapat Revelers Essence untuk di isikan di dalam Reveler’s Tonics┬ádan akan memberi 3 jenis set buff berbeza iaitu cooldown untuk melee, grenade dan class ability. Set ini juga boleh digunakan di dalam aktiviti lain selepas di-charge-up kan seperti Gambit, PvE dan PvP (kecuali private match)

Melaram Bersama Eververse

Comelnya telinga arnab tu! Sepanjang event ini Guardians akan mendapat double drop engram apabila reset experience level iaitu engram biasa eververse dan engram Revelry. Engram Revelry tidak akan memberi reward duplicate, so berseronoklah farm sampai dapat emote, kapal or kosmetik yang nak didapatkan!

Bagi mereka yang nak ber-extravagannza sedikit, ornament baru Jade Rabbit dan shell fluffy bunny ni boleh di beli dengan matawang Silver dari Eververse.

Kosmetik bertemakan Jade Rabbit.

Arbalest – Exotic Linear Fusion Rifle Pertama di Slot Kinetic

Dah lak kinetic tapi power untuk take down shield musuh tak kisah element apa pun! Senjata exotic ini boleh didapati dengan menyiapkan weekly bounty Revelry Eva dan berlawan dalam Vedant Forest. 300 Revelry Essence diperlukan di mana boleh didapati dengan membuat 12 bounty Eva (25 essence satu bounty).

Semoga guardian semua sempat mendapatkan Exotic rifle baru serta ornament yang meriah tersebut! Bagi penulis, asalkan dapat ketiga-tiga tanduk untuk setiap char, emote fist bump serta shell rabbit tu pun dah ok! Apa yang akan korang grind untuk event ini?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.