Bulan September lalu, Destiny 2 telah diberikan secara percuma kepada para pelanggan PlayStation Plus. Kini, giliran pemain di PC pula untuk bergembira.

Destiny 2 kini korang boleh dapatkan secara percuma untuk platform PC, bermula dari sekarang hingga 18 November nanti. Apabila korang sudah ambilnya, ia akan menjadi milik korang buat selamanya.

Korang boleh dapatkannya melalui Battle.net.

Tawaran istimewa ini diadakan oleh Bungie bagi meraikan ulangtahun game ini dalam Battle.net.

Untuk pemain sedia ada di PC pula, Bungie akan menghadiahkan Anniversary Emblem eksklusif pada bulan Disember nanti, sesuatu yang tidak akan boleh didapati di mana-mana.

JomKomen!