Menjelang tahun ke 5 bagi francais Destiny, Bungie cuba menambat balik hati Guardians dengan DLC besar – Forsaken, setelah setahun Destiny 2 (D2) berada di pasaran. Best ke?

Setelah banyak janji banji (Bungie) yang kerap kali menghampakan dengan harga berbanding nilai expansion-nya yang tak seberapa, ramai Guardians veteran berhenti bermain separuh jalan.

Crash Course Sejarah DLC Destiny:-

Destiny (Sept 2014)

  • The Dark Below. (December 2014)
  • House of Wolves. (Mei 2015)
  • The Taken King. (Sept 2015)
  • Rise of Iron. (Sept 2016)

Destiny 2 (Sept 2017)

  • Curse of Osiris (December 2017)
  • Warmind (May 2018)
  • Forsaken -Major Exapnsion (Sept 2018)

Pada tahun pertama Destiny 1 (D1), expansion kecil Dark Below dan House of Wolves menjadikan game itu kehausan dan hampir kehilangan pemain. Expansion The Taken King kembali membawa game tersebut gemilang selepas hampir kecundang.

Sama kes seperti di D2, Curse of Osiris, mini expansion DLC pertama D2 dengan kandungan yang tidak memuaskan dan expansion Warmind yang tak seberapa menjadikan ramai veteran Destiny berfikir 50/50 untuk beli ke tak DLC Forsaken? Ini adalah peluang terakhir Bungie untuk mengumpan kembali pemain lama.

Dengan memberikan game ini secara percuma untuk pemilik PlayStation+ pada bulan September, seminggu sebelum keluar expansion Forsaken, ramai pemain mendownload dan Bungie cuba untuk mendapatkan market baru, namun konteks update terbaru ini lebih untuk pemain veteran Destiny.

Destiny 2 Forsaken telah mengubah mekanik gameplay banyak kembali seperti Destiny 1. Merangkumi dari slot senjata, mekanik abiliti, mekanik PvP, mod senjata, pertukaran mata wang token dan perkenalan bounty, shader, serta ‘lore tab’.

Before penulis pergi lagi mendalam, jom kita start with the storyline dulu. YES CONTAIN SPOILERS. Scroll sampai nampak gambar muka Cayde bagi thumbs up untuk menuruskan perjalanan tanpa spoiler.

SPOILER BERMULA DI SINI!

Cayde-6 telah pergi ke The Reef berjumpa Petra, orang kanan kepada Permaisuri Awoken, Mara Sov untuk tolong check ‘Prison of Elders’. Terdapat sebuah prison break-out yang diketuai oleh Uldren Sov dan Fikrul, The Fanatic (ketua House of Exile) dengan golongan munafik species Fallen yang kini menjadi Scorn.

Scorn adalah sebuah clan Fallen dari House of Exile yang dibuang dari kaum Fallen lain lalu dipenjarakan kerana mengikuti ajaran ilmu kegelapan Hive. Uldren telah melepaskan Scorn Barons, kesemua most wanted enemy yang dikurung di dalam penjara paling bawah tanah Prison of Elders bertukar arah dan menganut kuasa Forsaken dibawah pimpinan Uldren Sov dengan pertolongan kuasa dari ‘Mara Sov’. [Mara Sov sebenarnya ‘hilang’ selepas perang Taken King].

Uldren membunuh Cayde on the way nak keluar dan memang tak dapat diselamatkan. Petra dan Guardian sampai lambat dan Cayde menghembuskan cahaya terakhirnya. Uldren Sov dan 8 Baron yang power lari ke Tangled Shore untuk cuba memasuki ‘Dreaming City’, kota larangan kaum Awoken yang dibina oleh Mara Sov untuk menyemadikan roh di alam ghaib diraja tersendiri ‘Eleusinia’ sebelum tercetus The Taken War.

Guardian dan Petra pergi ke Tangled Shore untuk berjumpa ‘Spider’ seekor Gangster Fallen yang merupakan abang kawasan Tangled Shore sejak Mara hilang sebagai permaisuri di dalam perang Reef. Spider turut benci Uldren kerana membelot kaum tersendiri dan mengarah pengikut Fanatiknya menceroboh kawasan Spider. Lalu, Petra dan Spider membuat pakatan untuk berkerjasama dan bunuh Uldren. Spider memberi intel, siap bagi pinjam tentera Fallen dia sekali untuk membawa Uldren dan 8 Baron ke pintu maut.

Uldren mendapat wahyu dan sering mendengar roh kakaknya membisik kepadanya untuk memasuki Dreaming City dan membawa rohnya kembali. Maka Uldren seru kepada pengikut Fanatic nya bahawa dia akan membawa Mara Sov kembali dengan memasuki Watchtower di dalam Dreaming City. Kota makam suci tersebut telah di kunci tutup dan dilarang dimasuki sesiapa pun.

Selepas sekor-sekor Baron Forsaken di bunuh, dah last tinggal nak hadap bunuh Uldren di depan pintu Watchtower. Tetiba ada monster berupa servitor with upgraded tentacle bernama ‘Voice Of Riven’ la pula makan Uldren tapi nasib Guardian sempat lawan monster tersebut dan mendapat kembali Uldren di dalam keadaan yang tenat.

Cut short, we all know the ending, dengan menggunakan Ace of Spades yang terlepas dari tangan Uldren, Guardian telah mengutipnya dan acu kepada Uldren. Skrin hitam. BANG. Tamat.

Ok not really, kita akhirnya dapat membalas dendam untuk Cayde tetapi setelah progress dengan jalan ceritanya, ‘wahyu-wahyu’ yang dibawa oleh Mara Sov kepada Uldren ni, siapa? Voice of Riven?

Tetapi Riven adalah seekor pet Ahamkara kepunyaan Mara, dimana ia berada di golongan ‘Light’ mengapa pula ia jahat? Kenapa ada Taken di sini? Adakah ini kerja Savathun si penipu, kakak si Oryx? Banyak persoalan yang perlu korang rungkaikan. Walaupun sudah habiskan story campaign, exploring Dreaming City is a whole another level.

SPOILER BERAKHIR DI SINI!

Ok dah settle spoiler. Jom tengok berbaloi tak game ni lepas 5 tahun Bungie bermain dengan hati Guardians.

Story Campaign, Sidequest dan End Game Cycle Setiap 3-Minggu

Terdapat 2 kawasan di ‘planet’ terbaru yang diberi di dalam expansion ini, Tangled Shore dan Dreaming City dimana kedua kawasan ini berada di hujung Bima Sakti.

Sepanjang story campaign akan berada di Tangled Shore. Story memerlukan side-quest adventure untuk progress, dan setiap adventure kepada story berbeza dan penuh dengan surprise diberi oleh Bungie. Banyak juga elemen nostalgic dari Taken King telah di masukkan sekali di antara adventure tersebut. Di akhir campaign, Guardian akan membuka jalan ke Dreaming City.

Dreaming City adalah kota yang di bina oleh Mara Sov bersama Riven (Ahamkara terakhir hidup) dan 3 Techeun nya – Kalli, Shuro Chi dan Morgeth. Nampak je kecik map ni, tetapi fuh besar gila boleh sesat. Portal ascendent realm ibarat membuka hijab mata dapat nampak setan-setan Taken di parallel dimension.

Di sini juga pintu kepada Raid, di mana kita ingat adalah end game kepada game ini, tetapi ia lebih daripada itu. Membunuh boss di dalam raid sebenarnya membuka jalan kepada cerita seterusnya yang penuh konflik. Senang kata, membunuh boss raid merupakan sebuah permulaan kepada aktiviti misteri baru yang lebih mendalam.

Dreaming City dicerna dengan Taken

Dreaming City ini makin bertukar dan berlainan mengikut progress selepas campaign selama 3 minggu. Story mission di beri setiap minggu selepas menghabiskan post campaign amat mengagumkan serta misteri-misteri yang perlu di-explore terlampau besar. Tak sangka evolusi tempat ini menyeramkan tetapi tetap cantik dan memberi impak environment feel yang mengerikan.

Setiap minggu yang berlalu, lebih banyak misteri diberi kepada Guardian untuk terokai, termasuklah alam underworld yang baru dikeluarkan untuk minggu terakhir memang unexpected.

To be honest, dah habis campaign nak masuk Dreaming City tu dah lupa pasal Cayde. Terlalu tergamam dengan misteri baru yang menjadi punca kepada kesemua konflik ini.

Lore & Alkisah Legenda Destiny

Kalau tak pernah main D1 atau D2 vanilla boleh faham ke story Forsaken ni? Banyak tak cerita terlepas? Ha, Destiny punya story tak seberapa linear dan lore-nya terlalu luas  sampai mengambil seminggu untuk membaca dan memahami.

Forsaken lebih berkait rapat dengan D1: Taken King selepas kehilangan Mara tetapi merupakan sebuah kisah yang terus lain dan tersendiri. Destiny mengisahkan cerita-ceritanya dengan menyelit di penerangan barangan atau grimoire card dan sistem grimoire telah dimansuhkan apabila D2 dilancarkan tahun lepas.

Mara Sov bersama 3 taecheun nya. Kalli, Shuro Chi dan Morgeth dari Taken King, Destiny 1 sebelum kapalnya meletup di dalam perang Reef

Dalam expansion Forsaken, Bungie telah mengembalikan ‘Lore’ tab supaya Guardian boleh akses dan membaca (especially time tengah loading). Bungie turut meletakkan banyak kisah dan sesetengah dari cebisan lore tersebut harus dicari di dalam game. Dengan membaca semua lore ni, lebih senang untuk memahami cerita dunia Destiny secara kesuluruhan.

Kalau jumpa miao ni boleh bagi ‘small offering’ dan akan memberi guardian loot atau secebis lore

Sistem Ekonomi Yang Lebih Grindy, Barangan Exotic Betul Rare!

Terlalu senang dapat loot sebelum ni? Nak weapon yang betul lebih special dan power ikut cara bermain? Hah, sekarang nak infuse weapon ke light lebih tinggi memerlukan master work core. Nak dapat core ni la sakit, sekarang susah untuk diperolehi atau boleh dibeli daripada Spider. Tapi hati-hati! Pada mulanya ia bermula dengan 10 legendary shard, kemudian menjadi 20, 40 dan selanjutnya. So beli 2 atau 3 je sehari untuk stock up!

Barangan Exotic juga amat lah susah untuk dimiliki kali ini, serta Xur (Vendor exotic) tidak akan membawa exotic Forsaken untuk dijual. Quest exotic juga dibuat dengan gabungan gambit, pvp serta pve maka ia memaksa semua jenis player untuk grind bersama sampai dapat.

Grinding telah dijadikan lebih susah dan panjang, tapi ni la yang diminta oleh pemain lama Destiny. Ramai veteran terasa D2 vanilla terlalu kacang sampai senang bosan dan juga terlalu manja untuk cater golongan ‘baru PC players’ untuk menjinak, kini Bungie menyediakan aktiviti yang sakit dan susah untuk lower power level tetapi keenakan dan kelazatan loot di hujung aktiviti berbaloi walaupun kadang-kadang dihujani dengan common grenade launcher Edge Transit drop 2 kali sehari, lol.

Barangan kosmetik yang dijual oleh Eververse kini lebih senang untuk diperolehi dengan kemasukan bounty dari Eververse. Menyiapkan bounty Eververse akan memberi ‘bright dust’ iaitu mata wang yang digunakan untuk barangan kosmetik. Takleh complain dah kalau tak mampu nak keluarkan duit nak tikam loot engram untuk kosmetik tu.

Gambit – Aktiviti PvE + PvP Yang Menarik!

Suka PvE sekali campur PvP? Main PvE yang berlawan opponent memang best! Banyak strategi boleh digunakan, nak bunuh boss cepat or invade team sebelah bunuh diorang sebelum boss diorang yang mati.

  • Berdiri dan memperkenalkan diri kepada team sebelah sambil ber-emote
  • Team akan di masukkan ke arena berbeza
  • Membunuh mob untuk collect Motes
  • Masukkan Motes ke dalam ‘Bank’ untuk susahkan hidup team sebelah dengan spawn mobs ‘bank blocker’ lebih banyak (5 untuk kecik, 10 untuk medium, 15 (max) untuk besar)
  • Guardian akan kehilangan mote apabil dibunuh oleh mobs atau invader.
  • Masukkan lagi Motes sampai Prime Evil spawn. (75 mote)
  • Senang cerita, team siapa lagi efisyen membunuh mobs akan mendahului (kalau tak lost mote before bank in)
  • Melainkan team sebelah ada member power PvP datang masuk bunuh korang time Prime Evil dah keluar, setiap seorang guardian yang dibunuh oleh invader akan menaikkan balik nyawa Prime Evil sebanyak 10%.
  • Tips; selalu bank in motes. Invade team sebelah bila nyawa boss dah bawah 4/5 baru baloi.

Content Terlampau Banyak, Sampai Tak Sempat

Memang banyak sampai bounty semua terlepas dan expire. Sekarang Weekly Reset menambahkan half week reset ia itu pada hari Rabu 1 pagi (+8 GTM) dan Ahad 1 pagi. So sekarang boleh buat daily heroic, gambit, flashpoint dan crucible 2 kali seminggu untuk mendapat kan extra power engram untuk level up.

Jemput makan gais

Selain itu masih terdapat weekly milestone yang ada seperti Blind Well, Shattered Throne (underworld dungeon yang boleh dimain pada minggu ke-3 of curse cycle) dan Raid, tak termasuk quest exotic atau yang di beri oleh Petra. Setiap bulan akan ada event PvP; Iron Banner dan Pve; Faction Rally.

Mode Baru PvP – Breakthrough

Cepat conquer vault enemy weh!

Mode ni memang balance dan menyeronokkan. Bagi mereka yang suka bermain secara taktikal tapi boleh respawn kalau mati (imagine bukan macam main game Rainbow 6 Seige, dah mati memang mati sampai habis round – kan stress). So korang kene conquer dan unlock mid point untuk membuka vault team enemy.

Apabila korang berjaya membuka vault team sebelah di spawn point mereka, diorang kene defend smpai masa habis. Kalau korang berjaya masuk dan mengambil vault, point akan diberikan kepada korang. Kalau tak berjaya memasuki vault mereka balik walaupun korang yang activate-kan vault mereka di mid point, team sebelah yang akan dapat point tersebut. Sejujurnya, mode ni lagi best main dari mode competitive.

Mobs Dan Weapon Baru atau Re-skin Aje Lagi?

Mobs Scorn re-skin spesis Fallen? Oh tak, binatang makhluk Scorn ni minion dia set-up lain macam dari species Fallen yang lain. Dia punya teleport macam warp Reaper Overwatch. Cuma ada api biru je atas lantai nak ekori movement. Ada yang guna shield dan diorang pon dah ada spesis binatang yang merangkak lelaju macam pelesit thrall.

Shader dan effek kosmetik juga agak berlainan. Boleh dikatakan visual tekstur modelling lebih detailed, namun ada beberapa efek dimansuhkan contoh, dulu sparrow crimson (valentines event) kalau drive keluar rose petals, Dawning (winter event) keluar snow flake tapi sejak pelancaran, jadi just a beam of colour. Sedih dah hilang seri dah di atas lantai lepas drive.

Kiri merupakan default look set Riverie, kanan apabila memakai queensfoil

Design weapon dan armor takde la sama sangat macam dahulu cuma sekarang dah tak ada ‘ornaments’ untuk tukar rupa set baju tersebut, so kene grind setiap season for different look. Interesting baju Riverie Dawn (set armor dari Dreaming City) akan bertukar ke rupa Taken kalau memakai Queensfoil.

Berjayakah Bungie Memenangi Balik Hati Guardians?

Yes. Berbaloi. Tapi dah masuk tahun ke-5 baru nak ‘perfect’. Ramai veteran yang hati remuk dipermainkan oleh Bungie dari D1 kembali main game ini juga. Ramai juga yang mencuba Destiny 2 base game yang diberi percuma membeli DLC Forsaken (serta year 1 expansion). Ramai sangat sampai server terlampau berat dan menyebabkan lag dan frame drops. Spoil sungguh sebab visual dan efek Destiny memang mantap, tapi jadi meh sejak minggu ke-2.

Some bonus things nak sebut, banyak lagu-laguan orbit (open lobby) D1 di letakkan ke D2, ada juga soundtrack yang di re-arrange mengikut tema Forsaken. Serious nostalgia dia terus bawak ninja potong bawang tengah main game. Kalau lah status intellect, discipline dan strength dikembalikan instead of resilience, mobility dan recovery.

Boleh Beli 
 +  Story mode mempunyai pelbagai mekanik. Tak bosan replay.
 +  Lore Tab menceritakan hampir kesemua al-kisah Destiny
 +  Banyak misteri untuk diterokai
 +  Content aktiviti yang mantap untuk kedua PvE dan PvP
 +  Grinding yang susah tetapi setimpal dengan loot di beri.
 +  Aktiviti baru Gambit serta jenis mode PvP; Breakthrough
 +  Visual detail, efek dan soundtrack yang lebih mengagumkan dari sebelum
 +  Barangan kosmetik yang dahulu memerlukan wang sebenar kini boleh di grind
 +  Mekanik gameplay, weapon dan mod armor dipelbagaikan, dan dipermudahkan.

Boleh Blah
 –  Grinding terlampau banyak untuk upgrade armor dan weapon
 –  Exotic lebih susah untuk diperolehi
 –  Pemain baru atau kasual mungkin akan rasa tertinggal atau susah
 –  Lore terlalu deep nak memahami awal awal
 –  Terlalu banyak aktiviti sampai tak siap weekly milestone untuk 3 karekter kalau kerja/sekolah
 –  Server lag sejak minggu ke-3 pelancaran Forsaken
 –  Kena beli DLC Osiris dan Warmind sebelum membeli Forsaken
 –  Terlalu banyak Edge Transit (Grenade launcher) selalu drop bersepah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.