in , , ,

Destiny 2 Dilaporkan Bakal Diterbitkan Penghujung 2017 Bagi PS4, Xbox One Dan PC!

Ramai Guardians sedang menunggu ketibaan sambungan game Destiny 2 pada hujung tahun 2017. Namun tarikh sebenar masih belum diumumkan. 
Dikhabarkan Destiny 2 akan menjadi lebih besar dari total content ketiga-tiga expansion Destiny selama 2 tahun lepas.

Destiny merupakan sebuah game MMO RPG FPS yang eksklusif di konsol sahaja tetapi kali ini Activision telah mengesahkan Destiny 2 (D2) akan berada di PC juga, serta bersama PS4 dan Xbox One.

Mengikutkan leak di Reddit, nama D2 akan dikenali sebagai Destiny II: Forge Of Hope. D2 bakal mengisahkan cubaan Cabal untuk menakhluk Bumi, Exo Stranger dan misi pencarian Mara Sov setelah seangkatan Awoken dikalahkan oleh Oryx, The Taken King. Antara versi yang akan dilancarkan.

D2 akan menjadi proper sequel walaupun terpaksa meninggalkan beberapa kisah planet, karakter dan aktiviti yang telah ada di dalam Destiny. Storyline D2 juga akan di-reboot sedikit untuk memberi impak dan cerita yang lebih mendalam.

Seorang Xbox player ternampak rakannya yang berkerja bersama Bungie sedang online sebelum appear offline

“D2 adalah sebuah game yang sama sekali berbeza” seperti yang dikata oleh Bungie sebelum ini. Bungie menggambarkan yang D2 akan menjadi lebih besar dan akan meneruskan kesinambungan yang teragung di mana ada beberapa aspek dari perspektif konsol yang harus ditinggalkan dengan menggunakan engine baru untuk pembikinan D2.

Gameplay yang lebih kurang “play-in-destinations” (ala-ala open world) merupakan model aktiviti yang baru akan menukar cara fungsi mengeksplorasi dunia Destiny. Contohnya di sesuatu kawasan seperti di Bulan, termasuklah social space, patrol dan mission berada di tempat yang sama tanpa perlu keluar ke orbit.

Bungie juga mengatakan character transfer dari Destiny ke D2 tidak akan berlaku, sama seperti di mana Blizzard membawa siri Diablo. Namun kemungkinan Bungie akan reward Guardians yang telah menghabiskan beratus (dan beribu jam bagi penulis ini) sebagai tanda penghargaan.

Bungie masih belum memberi apa-apa respon terhadap tarikh dan nama muktamad D2. Namun segala spekulasi leak dari Reddit ini kelihatan agak mantap buat masa sekarang.

Konspirasi mainan Mega Bloks yang mengeluarkan 3 set figurin Destiny dilaporkan Neogaf dan 2 antaranya mengisahkan pemberontakan Cabal di Bumi terpaksa ditarik balik kerana deskripsinya tertulis:

  • Set the scene for a clash between a Bruiser’s crushing strength and a master swordsman’s skill. A legendary warrior faces his greatest contest yet in the Tower hangar.”  – Destiny Cabal Goliath Tank Building Set
  • Wielding his Raze-Lighter, hero of the Crucible Lord Shaxx prepares to pit his blade against the furious cleavers of a Cabal Red Guard.– Cabal Bruiser Battle Building Set

Plot di atas tidak pernah berada dalam storyline Destiny. Adakah sinopsis figurin Mega Bloks ini menunjukkan salah satu jalan penceritaan D2 nanti? Ada juga mengatakan selepas ini NPC akan mengikut anda berlawan sekali. Tapi kita juga tahu Lord Shaxx dah trauma lawan Splicers dalam “Rise of Iron” maka dia pun suruh Guardians yang pergi ushakan.

Persoalannya adalah… sempat ke Destiny 2 keluar dalam tahun 2017? Trailer pun tidak kelihatan lagi. Destiny sendiri telah keluar lambat setahun namun content day-one nya amatlah janji manis vanila. Tak dinafikan storyline, lores, grafik Destiny dari day-one hinggalah ke expansion terakhir “Rise of Iron” (September 2016) amatlah mengagumkan tetapi content selama 2 tahun ini patut berada sejak Day-One. Adakah ini akan berulang lagi sekali untuk D2?

Pastinya ramai Guardians yang tidak mempunyai PC berasa agak kecil hati apabila tahu D2 tidak akan menjadi console eksklusif lagi. Untunglah PC dah dapat merasa D2 selepas ini. Activision membuat keputusan ini untuk menarik lebih pemain untuk D2 nanti. Cuma terkilan kerana tidak boleh lari dari hakikat pemain konsol mungkin akan berasa dianak-tiri kan.

PvP Destiny menunjukkan ciri-ciri ke arah eSports yang sangat solid sejak adanya ‘Private Match’ tetapi dengan adanya platform PC yang amat lain sifat pengunaannya dari konsol kemungkinan tidak akan memberi banyak peluang untuk pemain PvP di konsol terserlah di arena kompetitif.

Pihak JomGaming amat menunggu berita tentang D2 April nanti! Mengharapkan Bungie akan membawa berita baik kepada Guardians sekalian di masa terdekat.

Written by Sarah Akirien

Penulis dan Video Content Editor JomGaming ini seorang yang kecil-kecil cili padi. Seorang gamer yang sentiasa berhalusinasi dalam alam fantasi. Penembak tegar Destiny dan Overwatch. Twitch.tv/akirien

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Sky Garden: Farm in Paradise Menerima Pencalonan Di International Mobile Gaming Awards Global!

Sky Garden: Farm in Paradise Menerima Pencalonan Di International Mobile Gaming Awards Global!

Siri Animasi TV Castlevania Bakal Epik Seperti Game of Thrones Dan Lord of the Rings!

Siri Animasi TV Castlevania Bakal Epik Seperti Game of Thrones Dan Lord of the Rings!