Dua bulan telah berlalu selepas Destiny 2 dilancarkan. Kini Bungie mempamerkan trailer pertama untuk DLC pertama, Curse of Osiris!

Perkembangan terbaru untuk game FPS-MMO-RPG yang terkemuka ini telah diumumkan di waktu persidangan PlayStation dalam pameran Paris Games Week 2017. Hanya sedikit sahaja idea gambaran sudah diberikan tetapi JomGaming telah mendapat maklumat umum dari trailer di YouTube.

Puak Vex adalah golongan spesies berjasad robot besi yang boleh mengawal aliran masa waktu.
Puak Vex adalah golongan spesies berjasad robot besi yang boleh mengawal aliran masa waktu.

“Curse of Osiris adalah pengembangan pertama Destiny 2 dan ia membawa korang balik ke angkasa untuk menyelesaikan misteri terbaru. Puak Vex telah mula berarak, dan satu-satunya harapan kita untuk menghalang mereka mungkin di tangan Osiris, seorang Warlock berkuasa tetapi dikecam dalam sejarah kota Last City.

Dalam usaha mencari beliau, korang akan bertemu dengan pelbagai watak-watak terbaru, menerokai dunia terbaru, menangani cabaran-cabaran terbaru, dan semestinya akan mendapatkan barangan loot terbaru!”

JomBaca: Destiny 2: Social Shooter Dari Bungie Ini Boleh Beli or Boleh Blah!?

Korang boleh saksikannya di bawah:

Ia disahkan oleh syarikat Bungie bahawa DLC ini akan diterbitkan pada 5 Disember 2017 untuk PS4, PC, dan Xbox One. Curse of Osiris merupakan DLC pertama dari dua perkembangan yang akan datang dalam set Expansion Pass Destiny 2.

JomKomen!