Trailer Story Reveal expansion Forsaken untuk di persidangan Sony E3 2018 menunjukkan dalang penjahat di dalam dunia Destiny.
Ghost dan Cayde-6 ditembak dengan pistol hand cannon “Ace Of Spades” kepunyaan Cayde sendiri. Apabila camera beralih kepada muka penembak, terlihatlah muka Prince Uldren Sov, The Crow, general dan adik kepada Queen Mara Sov.
Prince Uldren diiringi oleh Fallen, spesis penjahat yang menjadi titik tumpuan storyline expansion Forsaken kali ini.
Kisah ini berkait dari expansion “House of Wolves” D1 di mana kerajaan militari Awoken yang di bimbing Mara Sov di khianati oleh Fallen.
Al-kisahya dahulu, ketika sebuah attack dilancarkan oleh Fallen dari ‘House of Wolves’ ke atas Awoken, Mara berjaya mengalahkan Taniks, ketua kepada House tersebut lalu mengambil Fallen lain yang hidup bersama di kerajaannya di The Reef.
Mara telah mengalahkan banyak Kell of Houses, siap memberi The Nine (golonganan Jovian yang ibarat godlike) seorang ketua Fallen, Skolas sebagai ‘hadiah’. The Nine turut menolong Mara di dalam peperangan Reef Wars sebelum ini. Namun, The Nine telah melepaskan Skolas dan memberi sebuah Kapal Ketch lagi untuk berlepas.
Sebuah Easter Egg telah menunjukkan kapal terbang Uldren terhempas di dalam Lost Sector di Mars di dalam D2 di dalam expansion Warmind. Selepas kejadian itu Uldren meneruskan misi untuk mencari Mara.
Di dalam grimoire card ‘King Baron’ House of Wolves, Uldren mengarah Petra untuk tidak meletakkan bounty ke atas House of Kings.
Persoalannya sekarang adakah Prince Uldren mengkhianati Mara dengan membuat plan sendiri dengan House of Kings dan Rasputin? Atau Prince Uldren menguatkan alliance lalu cuba mencari Mara dan menakluk galaksi?
Comments
Loading…