Game eksklusif PSVR ini kelihatan seperti kisah fairy tale dengan sentuhan FromSoftware! Cantik dan menenangkan, berbeza dari game siri Dark Souls dan Bloodborne selama ini.
Sebuah spirit diseru oleh seorang gadis di sekolah berasrama penuh, dan pemain sebagai ‘Spirit’ atau Roh harus meyakinkan gadis tersebut akan kehadiran dirinya dan membina silaturrahim melalui aktiviti interaksi. Spirit juga mampu manipulasi kehidupan dan menentukan takdir seseorang.
Berlatarbelakangkan sekolah dengan senibina Perancis di abad-18, sinematik trailer ini berubah dari tona sepia ke warna biasa apabila a thread of sparkles mengelilingi sekuntum bunga yang mati sehingga kembali hidup. Pilihan muzik dan grafik yang tenang pasti dapat lebih dihayati dalam mode VR.
Comments
Loading…