in , , , , ,

Dengan Pelancaran Operation White Noise, Rainbow Six Siege Kini Mempunyai 25 Juta Pemain Berdaftar

Melalui kandungan dan kemaskini yang terus-menerus, pastinya game ini akan terus mengumpulkan pemain-pemain baru.

Semalam, Operation White Noise, DLC keempat untuk tahun kedua Rainbow Six Siege, telah dilancarkan. Melalui pelancaran DLC terbaru ini, Ubisoft telah mengumumkan bahawa kini game ini telah mengumpulkan seramai 25 juta pemain berdaftar di ketiga-tiga platform – PC, PS4 dan Xbox One.

“Dengan game ini semakin berkembang, kami meneruskan untuk membangunkannya dengan komuniti sentiasa berada dalam minda,” kata Alexandre Remy, pengarah jenama Rainbow Six Siege. “Kami teruja untuk melihat bahawa komuniti telah merangkul game ini, membawakan rakan-rakan baru, dan benar-benar menolak pemahaman kami tentang apa yang mampu dengan apa yang telah kami ciptakan.”

 

Operation White Noise akan menggunakan latar belakang Korea Selatan. 2 Operator dari 707th Special Mission Battalion, Dokkaebi dan Vigil serta sebuah map baru di dalam sebuah bangunan pencakar langit di tengah-tengah kota Seoul akan ditampilkan.

Jangan lupa, DLC ini turut membawakan satu lagi Operator dari Poland, iaitu Zofia.

Dokkaebi sebagai Attacker mempunyai keupayaan untuk menggodam kamera-kamera milik Defender, Vigil memiliki abiliti untuk kelihatan halimunan daripada dron Attacker dan Zofia mempunyai double-barrelled grenade launcher.

Ubisoft sebelum ini turut telah mendedahkan perancangan mereka untuk tahun ketiga game ini, yang antaranya adalah Operation Chimera, tema dari negara Itali, tema dari negara Maghribi dan banyak lagi. Korang boleh ketahuinya di sini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Hideo Kojima Ditampilkan Sebagai Cameo Dalam Trailer Horizon: Zero Dawn’s Complete Edition

Tarikh Pelancaran Episod Terakhir Life is Strange: Before the Storm Diumumkan, Saksikan Video Acah Ini