in ,

Dengan Android 12, Pemain Boleh Main Game Terus Walau Masih Sedang Muat-Turunnya

Era di mana korang perlu menunggu sesebuah game itu siap muat-turun sepenuhnya terlebih dulu baru boleh mainkannya bakal berakhir tidak lama lagi.

Google telah mengumumkan satu ciri baharu yang bakal ditambah ke dalam Android 12 kelak iaitu pemain akan dibenarkan mulakan sesebuah game walaupun game itu masih sedang dimuat-turun, lapor The Verge.

Perbezaannya boleh dilihat dalam GIF di bawah, di mana Google turut mengatakan yang mereka sudah melihat beberapa game sudah bersedia untuk dibuka sekurang-kurangnya 2 kali ganda lebih pantas.

Google turut mengumumkan satu game dashboard baharu untuk Android 12 yang akan memberikan akses mudah kepada utiliti seperti tangkapan dan rakaman skrin.

Android 12 versi beta kini sudah dikeluarkan untuk beberapa peranti terpilih termasuk telefon pintar dari Pixels, Oppo, Nokia, OnePlus, Xiaomi, ZTE, Asus, TCL and iQOO. Versi penuh Android 12 dijangka akan dilancarkan sekitar September atau Oktober tahun ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Kojima Sebenarnya Tak Suka Guna Judul ‘Director’s Cut’ Dalam Death Stranding, Dedah Beliau Sendiri

Trailer Sekuel God of War Dilaporkan Akan Hadir Pada Bulan Depan, Disusuli Horizon Forbidden West