in , , ,

Dengan 1.2 Juta, Soloz Catat ‘Malaysia Book of Records’ Sebagai Atlet Esports Paling Ramai Pengikut Di Facebook

Pemain Mobile Legends tersohor negara, Soloz atau nama sebenarnya Mohd Faris Zakaria, telah mencatatkan satu rekod yang cukup mengagumkan.

Malaysia Book of Records telah mengumumkan bahawa Soloz telah mengumpulkan pengikut paling ramai di Facebook untuk atlet esports — iaitu seramai 1.2 juta pengikut.

Selain merupakan pemain handalan Mobile Legends yang mewakili pasukan Bosskurr, kejayaan beliau mengumpulkan sejumlah pengikut ini turut dipengaruhi aktiviti beliau yang aktif melakukan livestream di laman Facebooknya itu. Bukan sahaja Mobile Legends, malah beliau turut bermain game-game lain semasa livestream seperti PUBG Mobile.

Tahniah kami ucapkan kepada Soloz atas kejayaan yang cukup membanggakan ini. Semoga terus menghiburkan peminat esports tanah air dengan gameplay menyeronokkan.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Jalan Cerita The Last of Us Part II Ditiriskan Oleh Penggodam, Bukan Dari Pembangun Naughty Dog

EA Play Live 2020 Akan Berlangsung Pada 12 Jun, Memperlihatkan Game-Game Baru

EA Play Live 2020 Akan Berlangsung Pada Jun, Memperlihatkan Game-Game Baru [KEMASKINI]