in , ,

Demo Project xCloud Dari Microsoft Akan Boleh Digunakan Pada Tahun Ini

Microsoft tidak berkongsi banyak informasi mengenai platform perkhidmatan penstriman mereka iaitu Project xCloud. Tetapi, eksekutif Kareem Choudhry telah melakukan sesi penstriman secara langsung kepada penonton mengenai teknologi tersebut semasa berada dalam rancangan Inside Xbox.

Dalam post blog di Xbox, beliau juga mengesahkan bahawa teknologi mereka akan memulakan sesi percubaan pada tahun ini dan juga akan memasukkan ia sebagai tambahan ke dalam konsol-konsol Xbox One, yang mana akan memberikan pengalaman 4K dan HDR. Terdapat juga pilihan untuk menggunakan perkhidmatan ini di luar atau dalam rumah.

Semasa pengacara sedang bermain Forza Horizon 4 secara penstriman dari salah satu pusat data Microsoft ke telefon pintar, ia sememangnya memberikan pengalaman yang sama seperti bermain di konsol. Dengan menggunakan controller biasa yang dihubungkan terus ke telefon pintar menerusi Bluetooth, ia masih boleh dimainkan walaupun ia memerlukan sedikit masa untuk mengekalkan latency dan kualiti gambarnya.

Percubaan kepada umum untuk Project x CLoud ini dijadualkan akan berlangsung pada tahun ini.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

King of Fighters dan Mobile Legends Bergabung – Biar Betul!?

Pemilihan Atlet Esports Ke Sukan SEA 2019 Diumumkan, Akan Diadakan Di Setiap Negeri