Bahang kejohanan sukan nombor satu dunia semakin dirasai!
Sama ada korang percaya ataupun tidak, sembilan bulan selepas ia dilancarkan, FIFA 18 kini berada di kedudukan teratas carta jualan di United Kingdom (UK). Ini boleh dikatakan sesuatu yang mustahil untuk terjadi bagi sebuah game bola sepak yang keluar pada setiap tahun.
Semestinya korang sudah boleh mengagak mengapa FIFA 18 melompat naik ke takhta nombor satu. Ini kerana minggu lalu, EA Sports telah mengeluarkan kemaskini percuma untuk Piala Dunia FIFA 2018 Rusia — membawakan kandungan menarik dengan mode-mode baru, kesemua stadium yang digunakan di Piala Dunia Rusia dan kemaskini skuad pasukan kebangsaan yang terlibat dengan lengkap.
Statistik yang dikeluarkan oleh GFK Chart-Track adalah carta jualan game fizikal (tidak termasuk digital) di UK yang dikemaskini secara mingguan. Carta yang kali terakhir dikemaskini pada 2 Jun itu meletakkan FIFA 18 di tangga teratas, diikuti dengan Detroit: Become Human, Far Cry 5 dan God of War.
Korang boleh lihat senarai 10 teratas dalam carta ini di bawah:
1. FIFA 18 – Electronic Arts
2. Detroit: Become Human – Sony Computer Entertainment
3. Far Cry 5 – Ubisoft
4. God of War – Sony Computer Entertainment
5. Sega Mega Drive Classics – Sega
6. Street Fighter 30th Anniversary Collection – Capcom
7. Overwatch: Game of the Year Edition – Blizzard Entertainment
8. State of Decay 2 – Microsoft
9. Dark Souls Remastered – Bandai Namco Entertainment
10. Fallout 4 – Bethesda
Terima kasih, Destructoid.
JomBaca: Pengulas Game FIFA Sahkan Lesen UEFA Champions League Bakal Tiba Ke FIFA 19
Comments
Loading…