China Number 1!

Sumber

Pemain-pemain game battle royale PUBG pastinya sudah cukup masak dengan kehadiran hackers China di dalam game tersebut. Dengan menggunakan aimbot, wallhack dan pelbagai lagi cheat yang ada, mereka mendominasi gameplay dan membuat gamers lain rage!

Sumber

Dengan populariti PUBG di China, Dell China baru-baru ini telah melancarkan laptop gaming Dell G Series terbaru mereka dengan cip processor Intel Core i9 baru yang kononnya membolehkan hackers menggunakan lebih banyak ‘plug-in’!

Sumber

Menurut laporan PC PowerPlay, wakil Dell China, Sally Zhang dipetik berkata, “Gamers China adalah yang paling inovatif dan dominan di dunia dengan menggunakan ‘plug-in’ untuk berlari lebih laju dari gamer lain, meletupkan 10 kereta pada masa yang sama dan gamer-gamer ini semestinya memerlukan prestasi processor 8th gen mereka untuk menggunakan lebih banyak ‘plug-in’ dan memenangi lebih banyak ‘Chicken Dinner’… “

Sumber

Semestinya ini adalah promosi laptop gaming paling berani pernah kitorang lihat. Kalau korang inginkan skillz hax0r gamerz dari China, mungkin ini adalah laptopnya untuk korang. Heh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.