Nampaknya masa untuk William, si jejaka Irish kembali beraksi!

Dalam review yang lepas penulis JomGaming telah memuji Nioh kerana rekaan watak dan gameplay yang menarik, kini pelbagai update akan disertakan melalui DLC terbaru yang dinamakan Defiant Honor.

DLC Defiant Honor ini akan memperkenalkan pelbagai lokasi, senjata dan item-item baru untuk dicuba oleh pemain. Disamping itu, kita juga dapat melihat beberapa klip disebalik DLC terbaru ini melalui rakaman livestream oleh Team Ninja.

Saksikan rakaman livestream tersebut dibawah.

Nioh kini boleh didapati untuk PlayStation 4 dan DLC Defiant Honor akan diterbitkan esok.

JomKomen!