Bagi mereka yang sukakan turn-based strategy yang mencabar, mungkin ini antara game yang patut korang perhatikan!

Menurut Snowhound games, Deep Sky Derelicts boleh dikatakan sebagai gabungan antara Darkest Dungeon dan XCOM dengan sedikit sentuhan dari Hearthstone dan FTL: Faster Than Light.

Objektif pemain bagi Deep Sky Derelicts ialah untuk mendapat ganjaran yang lumayan dengan melakukan eksplorasi di tinggalan kapal angkasa milik makhluk asing dan keluar membawa barangan-barangan berharga dengan selamat.

Dengan seni grafik ala-ala pelukis Mike Mignola serta gameplay mencabar ala Darkest Dungeon, keluaran kedua daripada studio ini sememangnya tampak menarik dan bakal tiba ke Steam Early Access bulan hadapan.

Sumber: Snowhound games.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.