in

Deep Silver Tunda Metro Exodus Dan Shenmue 3 Ke 2019!

Eloklah umumkan awal-awal. Takdelah tertunggu-tunggu masa E3 nanti.

Metro Exodus yang diumumkan pada E3 2017 dan dirancang untuk diterbitkan pada tahun ini nampaknya telah ditunda.

Di dalam kenyataan mereka, Deep Silver berkata, “Kami ingin memastikan Metro Exodus akan menjadi produk yang selayaknya dimiliki peminat dan gamers, sambil melihat kepada pengumuman produk-produk syarikat lain. Bagi memastikan peminat dapat menikmati game Metro paling besar pernah dibikin, kami bercadang untuk menunda tarikh pelancaran Metro Exodus ke Q1 2019.”

Walaupun game ditunda, Deep Silver berkata, “Kami akan menampilkan gameplay di E3 2018, nantikannya!”

Pada masa yang sama, satu lagi game Deep Silver ditunda. Shenmue 3 yang bermula dari kempen crowdfunding Kickstarter sekitar E3 2015 ini masih lagi belum menjadi kenyataan.

Selepas menampilkan video gameplay dengan grafik yang mengecewakan, baru-baru ini THQ Nordic telah menampilkan trailer yang sama tetapi dengan grafik yang elok sikit.

Shenmue 3 sedang dibangunkan bagi platform PS4 dan PC. Shenmue 1 dan 2 akan hadir ke platform PS4, Xbox One dan PC pada tahun ini juga.

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Pusingan Kelayakan Malaysia PES 2018 Untuk Sukan Asia 2018 Diumumkan! Ini Cara Untuk Korang Wakili Negara

Saksikan 25 Minit Gameplay H1Z1 Di PS4 – Lebih Baik Daripada PUBG?