Tak habis-habis drama. Aihh, penatlah. Main game aje kan elok.

Semalam kitorang ada melaporkan drama yang melanda Metro Exodus, video game terbitan Deep Silver, dibangunkan 4A Games & dijual eksklusif di Epic Game Store.

Dalam laporan tersebut, seorang kakitangan 4A Games dilaporkan jika kecaman terhadap francais Metro diteruskan, francais itu mungkin akan diteruskan di platform lain selain PC.

Ini menimbulkan lebih banyak drama nampak gayanya – sehinggakan Deep Silver mengeluarkan kenyataan berikut;

Keputusan memindahkan Metro Exodus dari Steam ke Epic Game Store dibuat oleh Koch Media / Deep Silver.

Komen daripada anggota developer 4A Games tidak melambangkan pandangan Deep Silver ataupun 4A Games berkenaan halatuju francais tersebut di masa hadapan. Komen tersebut sebaliknya melambangkan kekecewaan daripada seorang individu yang bersemangat nyalarasa yang selama ini menyaksikan bagaimana francais ini sebelum menerima pujian dan akhirnya menjadi kontroversi berikutan keputusan perniagaan yang di luar kawalannya. Kami meminta sebarang maklumbalas terhadap keputusan ini disampaikan kepada Koch Media / Deep Silver dan bukannya 4A Games.

Strategi pelancaran di masa hadapan bergantung kepada Koch Media / Deep Silver. Kerjasama antara kami dan EPic Game adalah berdasarkan pelaburan masa hadapan game-game dan rakan developer kami di 4A Games. Kami berhasrat menyambung francais ini, dan versi PC memang akan sentiasa menjadi teras kepada perancangan kami di masa hadapan.

Metro Exodus akan dilancarkan di platform PS4, Xbox One dan PC pada 15 Februari nanti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.