Bersempena Tokyo Game Show (TGS) 2019 yang sedang berlangsung, Kojima Productions telah mengeluarkan sebuah trailer terbaru berdurasi 7 minit.

Trailer yang dinamakan “Briefing” ini memaparkan perbincangan hologram antara tiga watak, Amelie (Lindsay Wagner), Sam (Norman Reedus) dan Die-Hardman (Tommie Earl Jenkins) di dalam pejabat di Rumah Putih, Amerika Syarikat.

Jom saksikan:

Dalam satu tweet yang dikeluarkan oleh Hideo Kojima, beliau telah menjelaskan serba sedikit tentang apakah sebenarnya game ini akan sajikan kepada para pemain. Katanya, Death Stranding merupakan sebuah game serba baharu dan beliau telahpun mendedahkan banyak info, jadi sebagai pencipta, beliau mahu pemain sendiri membongkar sendiri game ini, tetapi disebabkan ramai yang kata mereka tidak tahu game ini tentang apa, Kojima berikan sedikit penerangan.

Ini apa yang dijelaskan beliau:

“Manusia telah membina “Walls” dan telah menjadikan sikap untuk hidup dalam dalam pengasingan. Death Stranding ialah sebuah jenis game aksi yang serba baharu, yang mana objektif pemain adalah untuk sambungkan semula bandar-bandar yang terasing dan masyarakat yang dah berpecah-belah. Semua eleman, termasuk jalan cerita dan gameplay, diikatkan bersama oleh tema “Strand”, atau sambungan. Sebagai Sam Porter Bridges, kamu akan berusaha untuk “hubungkan” divisyen-divisyen ini, dan bagi melakukan sedemikian, mencipta jalinan baru atau “Strands” dengan pemain-pemain lain di seluruh dunia. Melalui pengalaman kamu bermain game ini, saya berharap kamu akan memahami kepentingan sebenar mewujudkan sambungan dengan yang lain.”

Di samping itu, Kojima turut berkongsikan poster rasmi Death Stranding. Korang boleh lihatnya di bawah:

Death Stranding akan dilancarkan 8 November ini untuk PS4.

JomKomen!