in , ,

Death Stranding Disahkan Untuk Platform PC, Bakal Tiba Pertengahan 2020

Apakah Death Stranding sebenarnya game eksklusif untuk PlayStation ataupun tidak sentiasa menjadi tanda tanya. Kita sering mendengar tentang kemungkinan game oleh Hideo Kojima ini akan dilancarkan ke platform lain.

Dan akhirnya, Kojima Productions telahpun mengumumkan secara rasmi bahawa Death Stranding bakal tiba untuk platform PC pada musim panas tahun 2020 (Jun-September).

Dalam tweet yang dikeluarkan, Kojima Productions telah mengingatkan para peminat tentang pelancaran game ini untuk PS4 pada 8 November, sekaligus mengesahkan pelancarannya ke PC. Versi PC akan diterbitkan oleh 505 Games.

Saksikan gameplay selama 48 minit — memperlihatkan pelbagai babak sinematik dan gameplay, antaranya babak pertempuran, berjalan di sekitar dunia yang amat luas, menghantar serta kehilangan pakej.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

Leave a Reply
  1. game terheboh terpecaya dan bonus berlimpah….
    mau tauu?? segera aja ke QQHarian dan jangan sungkan JOIN NOW

JomKomen!

Loading…

0
Sony Daftarkan Tanda Dagang PS6, PS7, PS8, PS9 & PS10 Di Jepun

Sony Daftarkan Tanda Dagang PS6, PS7, PS8, PS9 & PS10 Di Jepun

Rasmi! EA Akan Bawakan Game-Game Mereka Ke Steam, Dimulakan Dengan Star Wars Jedi: Fallen Order

Rasmi! EA Akan Bawakan Game-Game Mereka Ke Steam, Dimulakan Dengan Star Wars Jedi: Fallen Order