in , ,

Death Stranding Director’s Cut Keluarkan Trailer Terakhir Yang Disunting Sendiri Oleh Hideo Kojima

Menjelang dua minggu sebelum pelancaran Death Stranding Director’s Cut di PS5, Kojima Productions telah mengeluarkan trailer terakhirnya.

Apa yang paling menarik tentang trailer kali ini adalah kita dapat melihat sendiri visi Hideo Kojima kerana beliau sendiri yang menyunting video itu.

Apabila bercakap tentang visi dan imaginasi Kojima, ia tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Korang kena tengok sendiri trailer berdurasi hampir 5 minit ini yang menggunakan lagu “Goliath” oleh Woodkid.

Death Stranding Director’s Cut merupakan versi penambahbaikan untuk PS5 kepada Death Stranding yang asal (PS4) dari segi grafik, serta pelbagai kandungan baharu dalam game itu sendiri.

Death Stranding Director’s Cut akan dilancarkan untuk PS5 pada 24 September 2021.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

8 Game Ini Diumumkan Sebagai Acara Pingat Dalam Sukan Asia 2022 Di Hangzhou, China

Judul Rasmi Disahkan, Ini Gameplay Pertama God of War Ragnarok – Kratos Dan Blade of Chaos