in , ,

Death Stranding Director’s Cut Dilancarkan Pada September Untuk PS5, Berharga RM209, Naik Taraf RM50 Dari PS4

Bulan lalu, Kojima Productions telah mengumumkan Death Stranding Director’s Cut dalam satu video teaser pendek. Kini, mereka telah berkongsi lanjut tentang game ini.

Secara asasnya, Death Stranding Director’s Cut merupakan versi penambahbaikan untuk PS5 kepada Death Stranding yang asal (PS4) dari segi grafik, serta pelbagai kandungan baharu dalam game itu sendiri.

Antara kandungan baharu yang ditambah adalah lebih banyak senjata, aksesori dan kenderaan, mode-mode, misi-misi dan lokasi-lokasi baharu untuk diterokai, jalan cerita yang dilanjutkan, penambahbaikan kepada UI, tempat latihan menembak Firing Range, serta mode perlumbaan kereta Fragile Circuit.

Semua ini diperlihatkan dalam trailer baharu yang korang boleh tontonnya di bawah:

Selain itu, dalam perkongsian di PlayStation Blog, mereka mendedahkan beberapa ciri-ciri tambahan lain yang bakal ditambah seperti Friend Play and Leaderboards, yang mana mereka akan berkongsikan mengenainya dalam masa terdekat.

Kemudian, tentunya apabila berkata tentang PS5, mereka pastinya akan menampilkan ciri-ciri khas konsol generasi terkini itu iaitu kehadiran fungsi haptic feedback dan adaptive trigger DualSense, audio 3D, tempoh loading yang singkat, serta pilihan sama ada untuk bermain dalam Performance Mode (upscaled 4K/60FPS) atau Fidelity Mode (native 4K/30FPS).

Death Stranding Director’s Cut akan dijual pada harga RM209 (disk atau digital).

Death Stranding Director’s Cut Digital Deluxe Edition pula berharga RM249 (digital sahaja).

Bagi pemain yang sudah memiliki Death Stranding versi PS4, mereka boleh naik taraf ke Director’s Cut Digital Deluxe Edition dengan harga RM50. Pemain yang memiliki versi disk PS4 juga boleh naik taraf ke Director’s Cut Digital Deluxe Edition, syaratnya pemain perlu masukkan disk tersebut ketika muat-turun dan sentiasa masukkannya semasa sedang bermain.

Berikut ialah apa yang pemain akan dapat dalam Digital Deluxe Edition:

Death Stranding Director’s Cut akan dilancarkan pada 24 September 2021.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Tencent Guna Imbasan Wajah Untuk Bendung Kanak-Kanak/Remaja Main Game Lewat Malam

Trailer Baharu Sifu Paparkan Bagaimana Karakter Jadi Semakin Tua, Ditunda Ke 2022