in , ,

Death Stranding Dibangunkan Dengan Begitu Pantas Sehingga Buat Bos Besar Di Sony Terkejut!

Sepantas impak maksima ke?

Bagi mereka yang sudah biasa dengan perihal Hideo Kojima dengan penciptaan game, selalunya Kojima mengambil masa agak lama untuk menyiapkan sesuatu projek game.

Namun kali ini, pembangunan Death Stranding dibangun begitu laju dibantu dengan enjin Decima yang juga digunakan untuk pacuan grafik cantik Horizon Zero Dawn.

Menurut kenyataan Kojima sendiri melalui satu majalah dipanggil sebagai Dengeki PlayStation (diterjemahkan oleh Gematsu), pembangunan untuk Death Stranding berjalan lancar sampaikan Sony Interactive Entertainment (SIE) memberitahu kepada Kojima Productions, “Kami tidak pernah lihat game dibangunkan secara pantas sebegini”.

Kojima menambah, “Kami sedang merancang satu pengumuman yang tentunya akan memberi kejutan kepada semua menjelang tahun 2018.”

Cak!

Harap-harap kejutan itu berbaloi-baloilah setelah kami melihat trailer paling panjang dan pelik semasa The Game Awards baru-baru ini.

Death Stranding membariskan pelakon terkenal seperti Mads Mikkelsen dan Norman Reedus, masih lagi tiada tarikh rasmi tetapi mungkin tiba sebelum Tokyo Olympics 2020 dan dilancarkan khas hanya untuk PS4.

Written by Intan Zarthana

Peminat besar Dragon Age, The Last of Us dan Uncharted. Sukakan game yang ada jalan cerita yang bagus.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Koleksi Game Segera PlayStation Plus Untuk Januari 2018

Final Fantasy XR Ride Akan Hadir Ke Universal Studio Japan Pada Bulan Januari