in , , ,

Death Stranding Bukan Lagi Eksklusif Untuk PS4? Akan Keluar Ke PC Juga?

Kita semua tahu bahawa game sangat dinantikan yang sedang dibangunkan oleh Hideo Kojima, Death Stranding merupakan sebuah game yang bakal dikeluarkan secara eksklusif untuk PS4.

Walau bagaimanapun, keluaran eksklusif itu mungkin akan ditarik kerana ada laporan yang mengatakan game ini turut akan dilancarkan ke platform PC.

Dalam satu post di ResetEra, terdapat bukti yang menunjukkan di laman rasmi PlayStation pada Mei lalu, Death Stranding masih lagi diletakkan dalam senarai game eksklusif untuk PS4 bersama-sama dengan game seperti Horizon Zero Dawn, Days Gone dan lain-lain. Namun sejak semalam, Death Stranding tiada lagi kelihatan dalam senarai tersebut.

Dan ramai pada ketika ini sudah menganggap bahawa Death Stranding akan turut dilancarkan ke PC kerana bukan lagi sebuah game eksklusif yang dilancarkan hanya untuk PS4.

Walau bagaimanapun, laporan ini semestinya bukan sesuatu yang mengejutkan. Kalau dilihat daripada artwork muka hadapan untuk game ini pun, tiada ‘Only on PlayStation’ dipamerkan. Malah, kalau diimbas kembali, semasa pengumuman kerjasama Kojima dengan Sony, mereka menyatakan bahawa game yang akan dibangunkan oleh Kojima ialah ‘console exclusive’, menunjukkan yang kemungkinan besar akan dikeluarkan ke PC juga.

Lebih menarik, pada 19 Ogos nanti, dalam acara Gamescom, kita akan melihat ‘sesuatu yang baru’ dari Death Stranding. Mungkinkah pengumuman secara rasmi oleh Kojima yang game ini akan turut dikeluarkan ke PC? Sama-sama kita nantikan.

Terima kasih, VG247.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Apex Legends Akan Ditambah Dengan Solo Mode Dalam Waktu Terhad Pada Minggu Depan

Apex Legends Akan Ditambah Dengan Solo Mode Dalam Waktu Terhad Pada Minggu Depan

Dalam Career Mode FIFA 20, Korang Boleh Cipta Karakter Pengurus Lelaki Atau Wanita

Dalam Career Mode FIFA 20, Korang Boleh Cipta Karakter Pengurus Lelaki Atau Wanita