in ,

Death Stranding Belum Keluar, Lagu Dah Boleh Dilayan – Jom Dengar!

Adakah lagu-laguannya sukar dirungkai seperti misteri video gamenya?

Death Stranding akan mempunyai album lagunya yang tersendiri dengan artis-artis seperti Major Lazer, Khalid, The Neighbourhood, Bring Me the Horizon dan CHVRCHES!

Sony Interactive Entertainment (SIE) telah bekerjasama dengan RCA Records untuk menerbitkan album bertajuk Timefall (Original Music From the World of Death Stranding) ini. Bagaimanapun, lagu-lagu ini tidak akan dapat didengari di dalam video game tersebut, sebaliknya lebih kepada lagu-laguan yang tercipta oleh pelbagai penyanyi dan band yang terinspirasi daripada game tersebut.

Cuba dengar track pertama ‘Death Stranding’ daripada album tersebut daripada kumpulan CHVRCHES:

Menurut Playstation Blog, Sony dan Kojima Productions telah mencari pelbagai artis dengan bunyian yang mampu menggambarkan elemen-elemen bertema daripada game tersebut. Setiap artis yang dipilih ini kemudiannya telah bermain game tersebut, dan menginterpretasi game tersebut menjadi karya-karya yang menggambarkan hubungan, cinta, kehilangan dan kelahiran semula.

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

Leave a Reply

JomKomen!

Loading…

0
The Last of Us 2 Disahkan Tiada Multiplayer, Tapi Naughty Dog Ada Perancangan Lebih Besar

Setiap Karakter The Last of Us 2 Ada Denyutan Jantung Yang Boleh Berubah Berdasarkan Situasi

Police Stories: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Police Stories: Boleh Beli or Boleh Blah!?