Apabila orang bercerita tentang Hideo Kojima dan Death Stranding – nampak sangat diorang dah level taksub. Tapi, siapa aje yang tak taksub dengan Hideo Kojima?

Di dalam satu temuramah berkenaan Arctic, filem terbaru Mads Mikkelsen, beliau telah berkongsi beberapa maklumat tentang Death Stranding, terutamanya tentang Hideo Kojima dan jalan cerita game tersebut.

“Beliau seorang genius. Apa saja yang sedang beliau lakukan dengan game ini, saya tak pernah melihat apa-apa seumpamanya! Beliau masih menceritakan tentang dunianya (Death Stranding) dan saya masih tak memahaminya!” ujar Mads. Beliau turut berkata game tersebut sudah hampir siap dan pasukan produksi sedang menyiapkan bahagian-bahagian kecil bagi game tersebut.

Death Stranding masih belum mempunyai tarikh pelancaran, namun begitu, Norman Reedus yang memainkan watak utama game itu yakin, “ianya akan dilancarkan tahun ini.”

Dalam satu podcast tahun lepas (pada ketika 1 jam 10 minit), Norman Reedus berkata, beliau memainkan watak yang fobia sentuhan di dalam sebuah game yang memerlukan kita membina ‘jambatan’ menghubungkan semua orang. Makin dimainkan, karakter beliau akan hilang rasa fobia tersebut. Adoi, pening kitorang nak merungkai misteri Death Stranding ni. Beliau menambah, ia (Death Stranding) sepatutnya dilancarkan awal tahun 2019 ini.

Turut menambah kepada debaran menantikan game ini, baru-baru ini, Hideo Kojima telah melawat Guerilla Games di Amsterdam dengan membawa playable demo Death Stranding. Salah satu gambar menunjukkan Kojima sedang memegang DualShock 4 di tangannya sambil memain dan menerangkan Death Stranding yang dibangunkan menggunakan Decima Engine – engine yang dibangunkan Guerilla Games!

Gambar ini juga membuktikan Death Stranding sudah siap, atau hampir siap sehingga boleh dimainkan!

Melihatkan bagaimana masih tiada teaser/pengumuman daripada Sony berkenaan game ini, ditambah pula dengan pengumuman Sony untuk tidak menyertai E3 tahun ini – kitorang menjangkakan Death Stranding akan dilancarkan, paling tidak diumumkan di PlayStation Experience 2019.

Siapa sini tak sabar menantikan Death Stranding?

JomKomen!