in , , ,

Deadpool: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Movie Deadpool yang baru sahaja launch telah pun mendapat sambutan hangat. Tapi korang tau tak Deadpool juga ada game yang telah dilancarkan tak berapa lama dulu?

Deadpool yang dipublish oleh Activision dan direka oleh High Moon Studios sebagai game bergenre beat-em-up ini sememangnya dibikin untuk kipas-susah-mati Deadpool!

Dead pool PS4
Deadpool PS4

Pengenalan Character 

Deadpool adalah mutant dalam Marvel Universe yang paling menjengkelkan bagi mereka yang tak tahan dengan lawaknya. Deadpool atau nama sebenarnya Wade Wilson pada mulanya hanyalah seorang askar upahan sahaja, tetapi selepas dimasukkan ke dalam program Weapon X, beliau menjadi almost indestructible dengan kuasa healing yang dipertingkat.

Deadpool-1
Shhhhh. Stealth Kill

Apa Ceritanya?

Game ini bermula dengan Deadpool sedang bersembang dengan presiden High Moon Studios tentang pembikinan game Deadpool itu sendiri! Aksi breaking the fourth wall sebegini diteruskan sepanjang game di mana korang akan follow Deadpool dalam journey beliau mengikuti skrip game ini yang diberikan di awal game. Korang akan disajikan dengan lawak sarkastik, aksi gila dan adegan-adegan tak masuk akal yang hanya boleh terjadi di dalam dunia komik Deadpool!

Dalam perjalanan game ini korang akan bertemu character-character yang akan diperkenalkan oleh Deadpool. Semasa introduction itu juga, asal-usul character tersebut di dalam komik akan ditunjukkan. Ini memberi players yang tidak membaca komik sedikit maklumat latarbelakang tentang universe Marvel itu sendiri.

Deadpool 2

Gameplay

Sepertimana game beat-em-up yang lain seperti series Arkham Batman, korang akan mengawal Deadpool dalam membelasah setiap enemies dengan kebolehan menggunakan tiga senjata melee, empat jenis pistol dan empat item yang boleh dilontar. Yang menariknya, semasa melakukan kombo, setiap daripada senjata dan items ini dapat digunakan.

Belasah enemy menggunakan katana dan sudahi kombo dengan shotgun sememangnya sangat menyeronokkan apabila disertakan dengan dialog Deadpool yang tak habis mencarut. Tetapi, ianya tidak berapa lancar kerana weapons dan item ini tidak dapat ditukar di tengah-tengah kombo – menjadikan gameplaynya sedikit membosankan selepas beberapa jam dalam permainan.Walaubagaimanapun, nak melakukan kombo sangatlah senang, so the more combos yang korang buat the more DP (Deadpool Points) korang dapat. DP ini kemudiannya boleh digunakan untuk updrade skills Deadpool and dapat develop more attack combos.

Deadpool-Video-Game-Remastered-Xbox-One-and-PS4

Dari Katana ke heavy machine gun ke Hammer, semua weapons yang digunakan dalam game ada humor/lawak yang tersendiri. Weapons of choice penulis adalah Katana and Hammer sebab rasa impact slashing and smashing dekat spawners lagi realistic. Kalau ada DP memang penulis akan upgrade dua weapon ni walaupun kene tembak dari jauh. Nasib baik ada healing factor dan teleportation.

Deadpool 5

Kipas-Susah-Mati Tak Akan Kecewa!

Untuk kipas-susah-mati Marvel Universe, korang memang akan bersorak melihat character heroes dan villains yang familiar! Korang akan melihat Deadpool bergabung dengan team X-Men dan team X-Force yang terdiri daripada Cable, Deadpool, Domino, Psylock, Warpath dan Wolverine!

Mesti korang tak sabar nak tengok apa aktiviti kebajikan / kemusnahan yang akan dilakukan oleh characters yang baru disebut tadi. Tambahan pula ada satu scene kelakar di mana Deadpool dan Wolverine ada heart to heart talk atau lebih kepada pertemuan antara tangan ke muka. LOL

Deadpool-2

Grafik Macam Takde Improvement Je!

Bagi mereka yang pernah bermain game ini di PS3, pasti akan merasakan tiada apa pon yang diperbaharui bagi game versi PS4 ini dari aspek graphics. Dengan masih menggunakan Unreal Engine 3, game ini menampilkan permainan kombinasi grafik 3D dan 8-bit yang masih menarik dan cukup menghiburkan.

Deadpooll

Keputusan: BOLEH BELI or BOLEH BLAH!?

BOLEH BLAH! – Players PS3 memang tak perlu nak beli lagi lah game ini sebabkan graphic sama, jalan cerita sama dan DLC memang tak diberi lagi kerana contract Activision dengan Marvel dah tamat untuk membuat game Marvel lagi.

BOLEH BELI! – Penulis memang suka dengan game ini sebabkan ia adalah action-adventure yang boleh membuat player sentiasa grind untuk dapatkan DP dan upgrade weapons-weapons yang di beri. Selain itu, “comedy” yang ada dalam game ini membuatkan game ini sangat best kerana cut scenes yang memang kita dapat enjoy walau 10 kali pun.

PS3 graphic sama dengan PS4 dengan menggunakan Unreal Engine 3.
Takde pilihan character lain dalam story mission – korang hanya mengawal Deadpool
Takde element multiplayer.
Repetitive gameplay.

+ Untuk Kipas-susah-mati Marvel.
+ Realistic feeling untuk slash and bash.
+ Cutscene yang menarik.
+ Solo game yang bagus untuk offline.
+ Costume extras lepas habis game.
+ DLC baru ada “Merc with a Map”.

Written by Amirul ProtoBlade

Guest-writer di JomGaming.my ini sedang mengenali dunia journalism. Peminat dunia Dota 2. Beliau seorang player yang mengambil role carry(main) dan support(jika perlu). Steam ID: Protoblade

Comments

Leave a Reply

JomKomen!

Loading…

0

ROCCAT Lua: Kenapa Gaming Mouse Ini Begitu Murah? Mur Mur Sangat Nih!

Street Fighter 5: Siri Character Intro: Chun-Li, Amoi Sepak Terajang!