Bayangkan korang menjadi angkasawan dan terdampar di sebuah planet pelik yang penuh dengan raksasa-raksasa ganas? Nak buat ape ek?
Itulah game yang di umumkan oleh developer ACE Team iaitu Deadly Tower of Monster yang akan berada di console PlayStation 4 sahaja pada 19 Januari 2016.
Di dalam game yang berkonsepkan action/adventure ini korang akan bermain sebagai Dick Starspeed seorang angkasawan yang terhempas di sebuah planet iaitu Gravoria.
Korang akan menentang dinosaur, semut gergasi dan bermacam-macam lagi raksasa-raksasa pelik dan ganas dan korang akan di bantu oleh 2 watak sampingan iaitu seorang awek cun – Scarlet Nova dan sebuah robot.
Bunyi macam menarikkan? Jom kita usha sedikit trailer berkenaan game ini:
Nampak kelakar, menarik dan menyeronokkan. So guys kalau berminat boleh la kumpul duit untuk sambar game ni!
ADIOS!!
Comments
Loading…