Gameplay trailer Dead Space Remake berdurasi 18 minit terbaharu memaparkan bab pertama dalam pengembaraan Isaac Clarke di atas kapal USG Ishimura.
Versi remake yang ditunggu-tunggu oleh peminat ini membawakan pengalaman baharu dari segi visual dan teknikal. Pemain akan merasai pengalaman mengerikan sebaik sahaja pemain mendarat di atas kapal USG Ishimura.
Tidak seperti versi asal, Dead Space Remake menawarkan scene pembukaan yang lebih lama yang memaparkan pasukan Isaac Clarke mendarat di kapal USG Ishimura.
Dari kebanyakan aspek, EA Motive masih mengekalkan apa yang versi asal ada seperti scene kematian anak-anak kapal sehinggalah ke gameplay yang tiada loading screen.
Satu lagi aspek yang dititikberatkan di sini adalah protagonis, Isaac Clarke. Tidak seperti versi asal, Isaac Clarke boleh bersuara dalam versi remake. Membenarkan dia memberi komen kepada kejadian yang berlaku di depan matanya.
Dead Space Remake akan dilancarkan untuk PC, PS5, Xbox Series pada 28 Januari 2023.
After reading your article, it reminded me of some things about gate io that I studied before. The content is similar to yours, but your thinking is very special, which gave me a different idea. Thank you. But I still have some questions I want to ask you, I will always pay attention. Thanks.
Thank you for your sharing. I am worried that I lack creative ideas. It is your article that makes me full of hope. Thank you. But, I have a question, can you help me? https://accounts.binance.com/ph/register-person?ref=WTOZ531Y