in , , , ,

Dead Space Remake Diumumkan Secara Rasmi Untuk PS5, PC, Xbox Series, Saksikan Teaser Trailer

Dalam slot terakhir EA Play Live 2021 yang berlangsung tengah malam tadi, EA akhirnya telah mengumumkan secara rasmi sebuah remake yang khabar anginnya telah berlegar sejak sekian lama.

Pembikinan semula (remake) Dead Space telah didedahkan dalam satu teaser trailer pendek yang berdurasi kira-kira seminit. Dibangunkan oleh EA Motive, game ini akan dilancarkan hanya untuk konsol generasi terkini, PS5 dan Xbox Series, serta PC.

Dibangunkan menggunakan enjin Frostbite, EA mengatakan yang Dead Space kali ini akan dibikin semula sepenuhnya dari kosong bagi membawakan pengalaman yang lebih mengasyikkan. Ia merupakan remake kepada Dead Space pertama yang pernah dilancarkan pada tahun 2008.

Buat masa ini, tiada tarikh pelancaran diumumkan untuk game seram survival ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Battlefield Portal Diumumkan, ‘Surat Cinta’ Untuk Peminat, Gabungkan Battlefield 1942, Bad Company 2, 3, 2042

Konami Akan Jual Berasingan Mode Master League Sebagai DLC Dalam eFootball