in , , ,

Dead Space Remake Diumumkan Akan Dilancarkan Pada Januari 2023

Dead Space yang dibikin semula (remake) telah mempunyai tarikh pelancarannya, umum EA.

Dead Space remake akan dilancarkan pada 27 Januari 2023 untuk PC, PS5 dan Xbox Series.

Dibangunkan menggunakan enjin Frostbite oleh Motive, EA mengatakan yang Dead Space kali ini akan dibikin semula sepenuhnya dari kosong bagi membawakan pengalaman yang lebih mengasyikkan. Ia merupakan remake kepada Dead Space pertama yang pernah dilancarkan pada tahun 2008.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, game sains-fiksyen seram itu akan mengekalkan keaslian visi yang ditampilkan dalam game asalnya, menawarkan audio yang ditambahbaik, serta visual lebih mantap dan menyeramkan yang telah diimaginasikan semula dengan berhati-hati bagi membangkitkan tahap keasyikan dan kualiti yang baharu.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Bethesda Tunda Starfield, Redfall Ke Tahun 2023

Netflix Keluarkan 2 Trailer Baharu Untuk Siri Live-Action Resident Evil