in

Dead Space Akan Dihidupkan Semula Oleh EA Motive, Diumumkan Bulan Depan – Laporan

EA dilaporkan akan mengumumkan sebuah game Dead Space baharu pada acara EA Play Live yang bakal berlangsung pada 22 Julai ini.

Berita ini muncul daripada beberapa laporan, antaranya Jeff Grubb (via VGC), Gematsu, dan Eurogamer.

Game baharu Dead Space ini dikatakan bukanlah sekuel kepada trilogi sedia ada tetapi lebih kepada ‘dihidupkan semula’ atau ‘digambarkan semula’. Kemungkinan ianya adalah remake kepada game-game tersebut.

Ia dilaporkan dibangunkan oleh EA Motive — game terakhir yang mereka bangunkan adalah Star Wars: Squadrons yang dilancarkan pada Oktober 2020.

Sama ada laporan ini sahih atau sebaliknya, sama-sama kita nantikan pada 22 Julai kelak.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Godfall: 13 Benda Korang Patut Tahu Tentang Game Pertama PlayStation 5

Game Eksklusif Konsol PS5, Godfall Akan Turut Dilancarkan Ke PS4 Ogos Ini

Final Fantasy 9 Akan Diadaptasi Ke Animasi Khas Untuk Kanak-Kanak