Lama penulis peratikan – ada ke jurus buah silat si NiCO ni? Komen sikit.
Koei Tecmo dan Team Ninja telah mengumumkan karakter baru dalam fighting game Dead or Alive 6 yang akan datang. Karakter baru yang bernama NiCO ini diperkenalkan sebagai “The Lightning Technomancer” yang juga mengamalkan seni mempertahankan diri Pencak Silat.
Bukan itu sahaja, gadis yang juga saintis genius ini mampu mencantum serangannya dengan kuasa kilat elektrik halilintar (plasma discharge dalam pengumuman rasmi) serta bergerak dengan kelajuan ultra menggunakan EMF Rings.
Dalam trailer yang sama, karakter Dead or Alive yang lama turut diumumkan – seperti Kokoro dan La Mariposa. Dead or Alive 6 akan diterbitkan bagi platform PlayStation 4, Xbox One dan PC pada 15 Februari 2019. Versi arked juga dirancang bagi pasaran Jepun nanti.
Comments
Loading…