in , , , ,

Dead Island Definitive Collection: Game Lama Diberi Nafas Baru!

dead-island-001

Berita baik untuk penggemar pemburu zombie! Koleksi terbaru Dead Island akan berada dalam genggaman korang tidak lama lagi.

Deep Silver mengumumkan bahawa game Dead Island Definitive Edition akan berada di pasaran pada 31 Mei 2016 untuk console PlayStation 4, Xbox One dan juga PC.

dead-island-003

Game ini telah di-remastered semula dan juga telah melalui penambahbaikan dari segi grafik dan juga gameplay bagi Dead Island, DLC Dead Island: Riptide dan juga bonus game iaituΒ Dead Island: Retro Revenge – yang dimainkan secara 2D side-scrolling beat’em up.

dead-island-002

Dalam berita yang lain pula, Dead Island 2 masih dalam proses pembikinan dan telah ditangguhkan sehingga 2016. Sehingga kini masih tiada tarikh rasmi bila game ini akan dilancarkan.

Ayuh peminat Dead Island kita layan dulu trailer Dead Island Definitive Edition:

Nampak menarik, kalau korang masih tak bosan untuk menyembelih zombie-zombie yang berkeliaran ni, boleh la dapatkan game Dead Island Definitive Edition ini.

ADIOS!!

Written by Hans Yusoff

Lebih dikenali dengan panggil Abah, beliau seorang peminat setia Dota 2, dan bercita-cita tinggi untuk mempunyai sebuah pasukan DotA satu hari nanti.

Juga meminati game bergenrekan FPS dan juga RPG. Jika tidak bermain game beliau adalah seorang Abah yang penyayang.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

The Division: Segala Content Untuk Tahun Pertama Diumumkan!

Samurai Warriors 4: Empires – Tawan Kota Jepun Dengan Pahlawan Terbaik Korang!