in , , , ,

DayZ Akan Dilancarkan Ke Konsol, Akan Keluar Dari Early Access Di PC Pada Tahun Hadapan

Game ini akhirnya menampakkan perkembangannya.

Bagi korang yang telah mula bermain genre battle royale sebelum PlayerUnknown’s Battlegrounds, atau yang semakin popular kini, Fortnite, pastinya DayZ tidak asing lagi dalam permainan korang. Terbaru,Β Bohemia Interactive telah mengumumkan beberapa perkembangan yang penting untuk game ini.

Mereka memandang tahun 2017 sebagai sesuatu yang tidak realistik untuk membawakan sebarang pembaharuan. Oleh itu, mereka meletakkan tahun 2018 sebagai tahun di mana mereka akan mengeluarkan versi beta serta mengemaskini versi 0.63 kepada versi 1.0.

Perancangan mereka itu bukan sahaja untuk versi PC. Mereka turut mengumumkan bahawa mereka akan mengeluarkan versi beta ini di konsol pada tahun hadapan.

Walaupun ia masih lagi bukan pelancaran game penuh, ia semestinya satu perkembangan yang positif untuk para pemain yang meminati DayZ.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Kembalikan Nostalgia PS2 Dengan Tema Terbaru Akan Datang Di PS4 Ini

Produser Microsoft Terima Anugerah Di Pentas PlayStation Awards