in , ,

Days Gone Akan Membawakan Huru-Hara Zombi Ke PlayStation 4 Pada Tahun 2018

Game zombi post-apocalyptic open world, Days Gone akan hadir ke PlayStation 4 pada tahun 2018.

Ketua Worldwide Studios Shuhei Yoshida memberitahu Greg Miller yang menjadi sebahagian dari ahli panel PSX 2017 bahawa Days Gone akan tiba ke PS4 pada tahun 2018.

Game itu sebelum ini tidak memberitahu tarikh keluarannya tapi Sony sememangnya pelik dengan tarikh keluaran rasminya untuk beberapa tahun yang lalu. Menolak untuk mengatakan apa-apa sehinggalah pada saat-saat terakhir.

Game yang dihasilkan oleh Sony Bend Studios itu kali terakhir ia ditayangkan semasa persidangan E3 2017 di mana gameplay Days Gone memaparkan bagaimana pemain boleh menyesuaikan diri dengan setiap langkah dan strategi kepada setiap misi bergantung kepada keadaan sekeliling dan keadaan cuasa.

Dari segi gameplay-nya nampak cool. Cabaran terbesar untuk studio sekarang adalah untuk memastikan game Days Gone berdiri dengan kukuh dalam pasaran yang dipenuhi dengan lambakan game open-world.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Saksikan 10 Minit Gameplay Memperkenalkan Mekanik 'Reversal Edge' Baru Dalam Soul Calibur 6

Saksikan 10 Minit Gameplay Memperkenalkan Mekanik ‘Reversal Edge’ Baru Dalam Soul Calibur 6

Trailer Terbaru Filem ‘Ready Player One’ Tampilkan Cameo Street Fighter Dan Overwatch