Apa pembaharuan yang akan ditampilkan dalam game ini tidak lama lagi?
Percubaan kemaskini 1.0 untuk PlayerUnknown’s Battlegrounds telahpun dilancarkan, dan semestinya korang sedang seronok mencuba mekanik baru dalam game ini seperti memanjat tembok (vaulting) dan fizik kenderaan yang diperbaiki.
Seperti biasa, dalam kebanyakan mana-mana game sekalipun, setiap kali kemaskini baru dikeluarkan, segelintir pemain akan membuka fail-fail game tersebut bagi mencari dan menggali (datamining) apakah ada pembaharuan lain yang masih belum diumumkan.
Terbaru, datamining dalam PlayerUnknown’s Battlegrounds telah mendedahkan rekaan bentuk map baru yang akan dilancarkan tidak lama lagi, iaitu yang menggunakan lokasi padang pasir.
Ia telah ditemui oleh seorang pengguna Reddit, yang mana rekaan itu turut disertakan dengan nama-nama kawasan yang terdapat dalam map itu. Walau bagaimanapun, berkemungkinan besar, ia hanyalah nama placeholder sahaja, bukan nama akhir yang bakal digunakan.
Di samping itu, seorang lagi pengguna Reddit telah menjumpai pula sebuah kenderaan baru yang akan dibawakan ke dalam game ini, iaitu jet ski. Di bawah adalah apa yang telah beliau jumpa.
Pastinya jet ski ini akan mengubah sedikit sebanyak gameplay game ini, yang mana bakal menyajikan pertarungan dan pertembungan jet ski pula. Pasti menarik.
JomBaca: Tarikh Pelancaran PlayerUnknown’s Battlegrounds Di Xbox One Diumumkan, Ada Perbezaan Dengan Versi PC
Comments
Loading…