Sebuah lagi game ditambah ke dalam senarai game percuma PlayStation Plus (rantau Asia) untuk bulan Julai.

Playstation Asia mengumumkan Darksiders II: Deathinitive Edition diberikan percuma kepada pelanggan PlayStation Plus, yang boleh korang download bermula 20 Julai hingga 2 Ogos ini.

Berdasarkan sumber forum reddit ini, ianya adalah sempena sambutan ACG HK 2017 (Anime Comic Games Hong Kong 2017) dan Playstation Asia adalah sebahagian media yang terlibat dalam ACG ini.

Darksiders II adalah game bergenre hack-n-slash yang pernah keluar di platform PS3 dan Xbox 360. Versi Deathinitive Edition ini didatangkan dengan grafik dan enjin yang serba baru beserta sokongan resolusi 1080p/60fps ,dan kandungan DLC lengkap yang ada pada versi generasi lalu (PS3 & Xbox 360).

Korang boleh lihat senarai game percuma untuk bulan ini bagi PlayStation Plus yang telah diumumkan sebelum ini di sini.

JomKomen!