in , , , , ,

Dark Souls III: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Inilah game yang memulakan kembali trend “Gaming is hardcore”.

Inilah game yang melawan arus di mana game developers gemar memimpin tangan gamers. Inilah game yang menyebabkan ramai orang menjadi rage-quitterThis is Dark Souls III!

Dark-Souls3-Warning

Setelah aku menunggu hampir seminggu lewat dari tarikh pelancaran, barulah kini aku dapat merasa bermain dan membuat sedikit review berkenaan Dark Souls III ini. Setelah bermain hampir 60 jam, boleh aku katakan secara ringkasnya, game ini sangat fantastik! Game ini memenuhi ciri-ciri idaman aku iaitu dunia yang “immersive“, banyak “secret area“, pelbagai “ending” dan yang penting sekali ialah tahap kesusahan yang OMGWTFBBQ!

Ceritanya Setakat Ini…

Souls series memang terkenal dengan konsep penceritaan yang minimalis. Ceritanya ada, tetapi perlu dicari dan diinterpretasikan sendiri. Secara asasnya, korang ialah seorang “Unkindled Ash” yang perlu mencari dan mengalahkan “Lords Of Cinder” untuk meneruskan kitaran alam dunia ini. Suasana muram, kegagalan dan kehilangan harapan menjadi latar belakang kepada hampir semua game Souls series dan game ini tidak terkecuali daripadanya. Beberapa “Easter Egg” dari game terdahulu turut diselitkan dalam game ini sebagai kesinambungan cerita.

Dark-Souls3-Great-Wolf-Sif
Oh my poor Sif… i’m sorry for killing you in previous Dark Souls…

Gameplay

Dengan ratusan pilihan senjata, perisai dan set baju besi, Dark Souls III ini benar-benar memberikan masalah kepada aku – buntu nak pakai apa? Nak pakai Full Plate Armor tapi cast magic macam Gandalf? Boleh! Nak pakai full set baju Hantu Kuburan? Boleh! Nak jadi Unkindled bogel bercawat membawa senjata besar bagak? Boleh juga!

Begitu banyak pilihan disediakan kepada aku, pilihan-pilihan ini benar-benar memberikan impak kepada gameplay dan bukannya sekadar kosmetik sahaja.

Dark-Souls3-darkwraith-armorset
Terpulanglah mahu jadi apa, mahu jadi HANTU, mahu jadi buaya.

Tahap kesusahan game ini aku boleh bagi 5/5 bintang. Game ini benar-benar menguji kesabaran dan tahap skill kita ke tahap yang seterusnya. Setiap pukulan, elakan dan gulingan perlulah diambilkira semasa pertempuran terutamanya melibatkan Boss area.

Hitbox yang adil menyebabkan setiap kematian yang datang itu adalah berpunca dari kecuaian pemain sendiri. Tambah lagi dengan sistem setiap kali kita mati, semua monster akan “respawn” semula. Bayangkan boss untuk tutorial sahaja sudah mampu membuatkan ramai yang “rage quit”.

Akan tetapi, dengan sistem Cooperation mode, kita boleh bersama rakan-rakan ataupun pemain-pemain rawak melawan boss-boss yang susah ini (tetapi boss tutorial masih lagi perlu lawan secara solo hahaha!). Bagi yang rasa dirinya terlalu handal, boleh pula meneruskan perjuangan di mod New Game+ yang menjanjikan kejutan-kejutan baru.

jolly cooperation
Jolly Cooperation bersama SunBros memang menceriakan keadaan yang muram.

PvP di dalam game ini masih lagi di peringkat awal. Setakat hari ini (20 April 2016), aku masih belum bertemu pemain-pemain”nakal” yang “invade” masuk ke dalam game aku dan mengacau game aku sebagai “mini boss”.

Ini mungkin kerana game ini masih terlalu baru di pasaran dan para pemain masih lagi tercari-cari mekanisma bagaimana hendak melaksanakan “invasion“. Akan tetapi janganlah risau kerana pihak FromSoftware berbesar hati membuat simulasi “invasion” ini oleh NPC AI yang tidak kurang mencabarnya (macamlah game ini belum cukup susah!) dengan syarat kita berada di dalam “Ember Mode”. Aku sendiri beberapa kali dibelasah secara kejam dengan NPC Black Phantom ini (“Tuuut you” Knight Slayer Tsorig!!!).

Dark-Souls3-Knight-Tsorig
OHSHITOHSHITOHSHITOHSHIT!!!

Map Design

Kawasan di dalam game ini memang luas, besar dan mengerikan. Bayangkan di salah satu stage, korang akan bermain di kawasan paya beracun yang setiap saat menyedut nyawa dan pada masa yang sama kau sedang dikejar gergasi besar dan mengerikan.

Oh ya, kau juga tak boleh berlari kerana kawasan paya ini hanya membenarkan pergerakan berjalan sahaja kerana kawasan tanah paya yang lembut dan membataskan pergerakan….GGWP FromSoftware.

Banyak juga kawasan-kawasan rahsia yang menjanjikan item-item yang menarik untuk dicari dan semestinya Hidden Boss yang menunggu di situ. Aku sendiri beberapa kali patah balik kerana diberitahu oleh rakan-rakan yang aku terlepas sesuatu di kawasan sebelumnya.

Dark-Souls3-Death-meeting
Kalau cheq jalan pelan-pelan belakang depa ni, depa tak perasan kot…

Character Design

Satu lagi perkara yang ingin aku beri pujian kepada FromSoftware ialah “Boss Design”. Boss-boss di dalam game ini sudah semestinya susah, dan hampir semua boss mempunyai kaedah dan taktik tersendiri untuk mengalahkan mereka.

Tidak semua boss boleh dilawan dengan teknik yang sama. Boss-boss ini juga datang dalam pelbagai saiz dan perisa, dari yang berbentuk anjing, pokok, monster dan juga bersaiz seperti gambar di bawah ini. Semoga berjaya ya?

Salah satu boss yang selalu memandang rendah pada diriku ini
Salah satu boss yang selalu memandang rendah kepada diriku ini.

Masalah Berbangkit

Akan tetapi game ini bukanlah sempurna, beberapa masalah turut hadir di dalam game ini, antaranya framerate yang kadangkala jatuh terutama apabila melibatkan animasi yang banyak di skrin. Ini akan menyebabkan game menjadi lagging dan kadangkala boleh menyebabkan kematian karakter kau jika tak bernasib baik.

Versi PC pula kadangkala “hang & crash“. Cooperation mode pula mengambil masa yang agak lama berbanding game-game Souls series sebelum ini. Boleh tertidur menunggu connection dari rakan-rakan yang lain. Pihak FromSoftware telah berjanji untuk mengatasi masalah-masalah ini dengan mengeluarkan patch pada masa akan datang.

Ada parti liar ke apa malam semalam ni? Kenapa tak jemput aku?
Ada parti liar ke apa malam semalam ni? Kenapa tak jemput aku?

So, Boleh Beli or Boleh Blah!?

 Benar-benar susah, terutamanya pada Newbie Souls series.
Jalan cerita kena cari dan kaji sendiri.
Framerate yang turun mendadak menyebabkan lagging dan kematian!
Versi PC yang kurang stabil.
Masa menunggu Co-op mode yang lama.

+ Gameplay yang sangat tight, hitbox yang baik.
+ Benar-benar susah terutama pada Veteran Soul series.
+ Design musuh dan Boss yang sangat kreatif.
+ Pilihan senjata dan perkakasan yang pelbagai.
+ Banyak “secret area” dan “extra Boss“.
+ Mode New Game+ yang menjanjikan kejutan-kejutan dan raksasa yang baru.

Selfie sikit bersama awek cun
Selfie sikit bersama awek cun

Written by Hafeez Bomoh

Guest - writer di JomGaming.my ini merupakan 1st gen netizen (MIRC anyone?) and olskul gamer. Kaki bangku di dunia FIFA dan dunia nyata, tetapi jika diajak bermain Tekken ataupun Streetfighter pasti tidak menolak

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Gameplay Lawan Naratif: L.A. Noire

PewDiePie & Pengasas Oculus Dinamakan Antara 100 Individu Paling Berpengaruh Di Dunia!