Adakah permainan yang diinspirasikan dari francais Dark Souls ini mampu membawa pengalaman mati berulang kali itu? Mereka yang dah bermain board game itu setakat ini sangat berpuas hati!

Steamforged Games Ltd telah pun melancarkan kempen Kicstarter mereka bagi Dark Souls: Board Game. Diinspirasikan daripada francais Souls yang terkenal dengan kepayahan gameplay, board game ini juga menjanjikan pengalaman yang sama!

Dark Souls™ – The Board Game is a strategically challenging, deeply immersive combat exploration game for 1-4 players.

Seperti video game Dark Souls, board game ini membolehkan korang untuk memilih character class seperti Knight, Warrior, Herald dan Assassin, merentasi kepelbagaian map dan berhadapan dengan minions kejahatan dan bertempur dengan mini-bosses seperti Titanite Demon, Frost Knight, Invader, Winged Knight dan Gargoyles!

Mainlah secara solo ataupun berkumpulan, yang pastinya korang memerlukan gaya permainan stategik, merancang serangan dan menguruskan sumber dalam menjelajahi dunia board game ini!

Dark Souls Board Game

Yang menariknya, setiap map tidak disusun secara tetap, sebaliknya korang membuka area baru dengan membuka kad di dalam Encounter deck – menjadikan setiap gameplay unik dan rawak!

Dark Souls Board Game Map

Dengan setiap area yang dijelajahi, korang akan menemui gerombolan musuh yang pelbagai dan juga treasure dan loot yang random! Jadi, jelajahilah sepuasnya!

Dark Souls Board Game InventoriBoss di dalam board game ini juga mempunyai moveset yang random – yang hanya akan terjadi apabila nyawanya cukup rendah! Semuanya bergantung kepada pilihan kad! Jom tengok macam mana diorang mainkan board game ini!

Jika korang mati, korang akan re-spawn di bonfire berdekatan! Korang ada pilihan untuk menggunakan Souls bagi menyembuhkan diri – tetapi kehilangan area yang dijelajahi, ataupun meneruskan pengembaraan korang dengan harapan menghadapi musuh yang lebih senang, treasures yang lebih berguna ataupun clue bagi mengalahkan Boss!

Dark Souls Board Game Full

Dark Souls: Board Game akan didatangkan dengan item-item berikut:

  • 3 Boss Models
  • 5 Mini-Boss Models
  • 4 Player Character Models
  • 4 Large Grunt Models
  • 12 Grunt Models
  • 7 Double Sided Game Tiles
  • 4 Player Character Boards
  • 3 Boss Dials for Tracking Damage
  • 60 Equipment Cards
  • 40 Treasure Cards
  • 26 Boss AI Cards
  • 36 Encounter Cards
  • 15 Coloured Dice
  • 100+ Game Tokens

Sehingga kini, Kickstarter Dark Souls: Board Game ini telah mencapai sejumlah £417,620 – jauh melebihi sasaran mereka sebanyak £50,000! Jangan terkejut, mereka berjaya mencapai jumlah sasaran ini hanya dalam masa 3 minit! 

Jadi kalau korang mahu mendapatkan pelbagai premium dari kempen Kickstarter ini, korang hanya boleh pledge dari jumlah £80 (sekitar RM445.68) dan ke atas! Agak mahal, tapi semestinya berbaloi bagi kipas-susah-mati Dark Souls yang inginkan pengalaman gameplay yang berbeza!

Untuk pledge sokongan korang, lawatilah page Kickstarter mereka di SINI.

JomKomen!