in , , ,

Dari Terengganu Ke Selangor Cyber Games 2018, 2 Pemain PES Terengganu Cemerlang, Bawa Pulang RM6,000

Perjalanan jauh dari Terengganu ke Selangor sememangnya berbaloi apabila anak muda berusia 18 tahun ini berjaya membawa pulang RM4,500.

Stesen-stesen PES di Selangor Cyber Games 2018. Sumber: ESM Terengganu.

Muhammad Rafiq Firdaus dari clan ATG Gamerz telah berjaya dinobatkan sebagai juara dalam kategori game PES 2019 di Selangor Cyber Games 2018 selepas berjaya menundukkan Muhammad Shukry Yunus dari clan DreamTeam dalam satu perlawanan final yang cukup menghiburkan.

Acara esports tahunan terbesar anjuran Kerajaan Negeri Selangor itu yang berlangsung selama dua hari (27 & 28 Oktober) di Empire City Damansara, Selangor telah menyaksikan dua pemain dari Terengganu menggondol dua daripada empat pemain teratas. Selain Rafiq, seorang lagi pemain dari negeri pantai timur itu ialah Mohd Azan Jusoh, 28, dari clan Gamerz World Dungun yang menduduki tempat ketiga selepas menewaskan Faiz One Kenobi dari clan WASD.

Empat pemain terbaik dalam kategori PES 2019; (dari kiri) Shukry, Azan, Hakimi (Naib Presiden ESMT), Rafiq & Faiz. Sumber: ESM Terengganu.

Menjadi tumpuan dalam kejohanan kali ini pastinya datang dari permainan yang ditunjukkan oleh Azan apabila beliau telah berjaya menumbangkan dua pemain PES tempatan yang cukup disegani iaitu Tengku Erwan di peringkat suku akhir dan Zainul Ariffin Burhanuddin di pusingan 16 — kedua-duanya dari pasukan NeST Gaming. Episod cemerlang Azan tamat apabila dihentikan sendiri oleh Rafiq di peringkat separuh akhir.

Menyebut tentang Rafiq, penulis sendiri turut mengenali beliau. Pertama kali memasuki pertandingan PES secara kompetitif dalam PES 2017, ketika usianya masih 16 tahun (Tingkatan 4) — yang mana Rafiq berjaya memenangi beberapa kejohanan. Beliau terpaksa berehat seketika dalam musim PES 2018 kerana ingin menumpukan sepenuh perhatiannya untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kini, musim PES 2019 menyaksikan beliau kembali mengaum dalam arena PES tempatan.

Bercakap kepada JomGaming, Naib Presiden Esports Malaysia (ESM) Terengganu, Syed Afifi Hakimi Tengku Abdillah, berkata:

“Pasukan ini dibentuk dari studio gaming masing-masing di Terengganu sekitar tahun 2016 dan 2017. Melalui program kerjasama Esports Malaysia Terengganu (ESMT) bersama komuniti sukan elektronik PES di Terengganu telah menubuhkan liga PES Terengganu di mana pemain-pemain PES ini akan berentap sesama sendiri bagi menentukan pemain terbaik di Terengganu. Muhammad Rafiq dan Mohd Azan merupakan hasil program tersebut dengan kedudukan di Terengganu satu dan dua keseluruhan dari liga PES yang dipertandingkan. Dengan kejayaan program ini maka terhasilah wakil pemain terbaik dari Terengganu.”

Pasukan pemain PES 2019 dari Terengganu. Sumber: ESM Terengganu.

Tahun ini merupakan julung kalinya game PES dipertandingkan dalam Selangor Cyber Games. Selain PES 2019, lima game lain yang turut menghangatkan acara ini ialah FIFA 19, Tekken 7, DotA 2, PUBG, dan Mobile Legends — yang mana jumlah keseluruhan hadiah kemenangan terkumpul yang ditawarkan ialah RM250,000.

Jumpa lagi kita dalam Selangor Cyber Games 2019!

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Tetris Effect Akan Membawakan Demo Percuma Dalam Masa Terhad Menjelang Pelancarannya Di PS4

Ini Senarai Lengkap 20 Game Yang Akan Dimasukkan Ke Dalam PlayStation Classic – GTA, Final Fantasy VII, Twisted Metal, Metal Gear Solid