Game percuma terbaru yang ditawarkan di Epic Games Store sekarang ialah What Remains of Edith Finch.

Game yang dibangunkan Giant Sparrow ini merupakan sebuah game ekplorasi first-person. Pemain akan mengembara ke dalam rumah Finch dan persekitaran berhutan di sekeliling — melalui beberapa siri bilik, jejak kaki dan ruang merangkak rahsia.

Korang boleh dapatkan What Remains of Edith Finch di PC secara percuma melalui laman Epic Games Store di sini.

Bagi korang yang tak tahu, Epic Games Store akan menawarkan satu game percuma pada setiap dua minggu. Sebelum ini, mereka memberikan Subnautica secara percuma.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.