Kemaskini skuad Liga Malaysia korang sekarang!
Bulan Mac lalu, kami telah mengeluarkan review untuk patch Liga Malaysia dalam PES 2018 (PS4) yang dihasilkan oleh PESCILOXdesign. Semasa mencubanya, kami merasakan yang ia adalah patch Liga Malaysia yang terbaik pernah kami mainkan.
Terkini, PESCILOXdesign telah mengeluarkan kemaskini terbaru untuk patch yang dikeluarkan sebelum ini. Versi terbaru ini mengemaskini beberapa kandungan baru, antaranya:
- Senarai pemain terkini Liga Malaysia (perpindahan pemain pada bulan Jun)
- Jersi terkini Liga Super dan Liga Premier Malaysia 2018
- Terdapat 20 pasukan Liga Malaysia
- Jersi eksklusif Peslox sebagai kit ke-4 pasukan klasik Malaysia
- Jersi terbaru pasukan kebangsaan Malaysia
- Patch luar negara terkini bersama jersi negara
- Patch liga luar negara lain disertakan sekali
Bagi mereka yang telah melanggan patch ini sebelum ini, versi kemaskini (V3) ini akan diemelkan kepada korang secara automatik.
Kepada yang masih belum melanggan dan berminat untuk melakukannya, korang boleh hubungi Facebook Page PESCILOXdesign atau hubungi mereka melalui Whatsapp di 012-2261512.
Ketika bercakap dengan JomGaming, PESCILOXdesign mengesahkan yang ini adalah patch terakhir mereka untuk PES 2018, sebelum kita semua beralih ke PES 2019 pula. Jadi, jangan terlepas untuk dapatkan patch dengan elemen-elemen tempatan yang sangat mantap ini sekarang!
Comments
Loading…