Bagi anda yang sudah mengikuti JomGaming dengan lama, pasti anda tahu artikel-artikel kami tentang bagaimana untuk mendapatkan patch-patch terbaik dalam siri PES.

Kami pernah sediakan artikel tentang bagaimana untuk mendapatkan patch dalam PES 2016, patch Liga Malaysia untuk PES 2016, dan cara dapatkan patch untuk PES 2017. Semua ini untuk platform PS4. Tidak ketinggalan untuk platform PC, patch Liga Malaysia dalam PES 2016 turut kami laporkan.

Terkini, PESCILOXdesign telah melancarkan satu lagi versi patch PS4 PES 2017 yang cukup lengkap. Apa yang ada dalam versi terbaru ini? Ini dia:

  • Pasukan-pasukan kebangsaan Asia Tenggara, iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, Vietnam, Filipina, Laos, Brunei, Timor Leste, Myanmar dan Kemboja – lengkap dengan logo, jersi dan stadium. Walau bagaimanapun, hanya pasukan Malaysia dan Myanmar mempunyai skuad pemain lengkap yang direka khas.
  • Semua pasukan Liga Super Malaysia 2017 dan beberapa pasukan Liga Perdana Malaysia 2017 – lengkap dengan logo, jersi, stadium, dan skuad pemain lengkap yang direka khas.

JomGaming telah menerima satu salinan lengkap yang disediakan oleh PESCILOXdesign. Setelah mencuba, kami merasakan ini adalah versi dan hasil kerja terbaik yang pernah mereka keluarkan, dengan rekaan yang sangat teliti. Sebelum ini, mereka hanya menampilkan logo, jersi, dan stadium sahaja, tetapi kali ini ia serba lengkap dengan skuad pemain yang dikemaskini.

Lebih mengagumkan tentang hasil usaha mereka ini adalah selain statistik dan data pemain-pemain tersebut yang mereka lakukan sendiri, mereka turut membina wajah pemain mengikut seiras yang mereka mampu seperti wajah sebenar para pemain itu.

Walaupun ia tidaklah secantik pemain-pemain sedia ada dalam PES 2017 yang dicipta oleh Konami, namun suntingan yang dilakukan boleh dikatakan memuaskan, lebih-lebih dengan gaya rambut dan jambang/janggut yang terdapat di pemain itu.

Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa details pemain itu yang tidak mengikut dunia sebenar, tetapi sesuatu yang boleh dimaafkan. Misalnya, Fadhli Shas yang berkaki kidal di dunia sebenar, tetapi berkaki kanan di dalam patch ini; dan Khairul Fahmi pula yang berkaki kanan di dunia sebenar, tetapi berkaki kidal di dalam patch ini.

Dengan segala hasil kerja yang dilakukan oleh pasukan PESCILOXdesign ini, bayaran yang dikenakan adalah sangat berpatutan, iaitu RM50. Anda boleh hubungi Facebook MSL Patch PESCILOXdesign untuk mendapatkan patch versi terbaru ini.

Sementara itu, anda boleh layan dulu video-video di bawah yang telah JomGaming rakamkan dengan patch versi ini, atau boleh lihat screenshots dalam album di page Facebook JomGaming.

Bagaimana Untuk Masukkan Patch Ini?

Ini adalah cara-cara untuk anda masukkan patch versi ini:

Langkah 1: Pastikan “Created Players” adalah kosong. Cara-caranya:
1. Buka PES 2017 (PS4)
2. Pergi tab EXTRAS
3. Pilih APPLY LIVE UPDATE, kemudian Save dan Overwrite data itu
4. Pilih semula tab EXTRAS > EDIT
5. Pilih Player > Edit Player
6. Pergi ke bawah sekali dan pilih Other > Created Players.
7. Sekiranya terdapat pemain dalam ini, anda perlu delete kesemuanya satu persatu

Langkah 2: Dapatkan patch versi ini daripada PESCILOXdesign.

Langkah 3: Masukkan patch tersebut ke dalam game.
1. Di menu utama, tekan tab EXTRAS > EDIT
2. Pilih Data Management
3. Pilih Import/Export
4. Import Team
5. Pilih semua senarai pasukan
6. Tekan Next
7. Tandakan “Apply Player and squad data” sahaja dan tekan OK
8. Tunggu sehingga siap

Langkah 4: Off-kan Live Update
Patch anda kini telah siap. Untuk memainkannya di Exhibition Match, pastikan anda off-kan Live Update. Caranya adalah menekan butang R3 semasa ingin memilih pasukan untuk digunakan.

Selamat mencuba dan jom gaming!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.