Untuk peminat bola sepak tempatan dan pemain tegar siri game Pro Evolution Soccer (PES), kita sudah sampai kepada aktiviti rutin pada setiap kali PES baru dikeluarkan.

Siapa yang tidak kenal dengan PESLOXdesign? Pasukan kreatif yang cukup terkenal dalam mencipta kandungan-kandungan bola sepak tempatan untuk dimasukkan ke dalam siri game PES. Dan kali ini, mereka telahpun menyiapkan kandungan bola sepak tempatan untuk game PES yang terbaru, iaitu PES 2020.

Ya, seperti kita semua ketahui, dalam siri terbaru ini, Konami telah menampilkan Johor Darul Ta’zim (JDT) secara rasmi dalam PES 2020. Tapi, tak menariklah kalau ada JDT saja. Maka, kita perlukan khidmat PESLOXdesign untuk membawa masuk 19 pasukan bola sepak tempatan lain ke dalam game ini.

Berikut ialah pasukan Liga Malaysia yang dibawakan dalam patch ini:

1. Johor DT
2. Kedah FA
3. Selangor FA
4. Pahang FA
5. Perak FA
6. PKNS FC
7. PKNP FC
8. Kuala Lumpur FA
9. Terengganu FC
10. PJ City FC
11. Melaka United
12. Felda United
13. Selangor FA
14. Negeri Sembilan FA
15. PDRM FA
16. UKM FC
17. UiTM FC
18. Kelantan FA
19. Sarawak FA
20. Sabah FA

Apa yang lebih menarik ialah PESLOXdesign turut mencipta pasukan JDT khas versi mereka sendiri, berbeza dengan versi rasmi yang mendapat kecaman ramai sebelum ini.

Bukan itu sahaja, PESLOXdesign turut menampilkan dua musuh tetangga sejak azali — pasukan kebangsaan Malaysia dan Indonesia.

JomGaming telahpun diberi kesempatan untuk mencuba patch ini, dan seperti biasa, hasil yang diberikan adalah sangat berkualiti. Berikut ialah beberapa screenshot dan video yang sempat kami rakam untuk korang nilaikan sendiri kualiti patch ini.

Masih tidak cukup lagi dengan kandungan yang ada ini? Ini hanyalah versi pertama untuk PES 2020. Ketika dihubungi JomGaming, pihak PESLOXdesign mengatakan bahawa versi kedua dan ketiga akan membawakan kemaskini Liga Malaysia musim 2020 serta penambahan beberapa lagi pasukan kebangsaan negara-negara Asia lain.

Kata mereka lagi, PESLOXdesign lebih memfokuskan kepada kualiti kandungan berbanding kuantiti dan akan hasilkan karya terbaik untuk kemaskini akan datang.

Jadi, persoalan paling utama sekarang, macam mana nak dapatkan patch ini? Untuk dapatkan patch ini untuk PS4, korang boleh hubungi mereka melalui laman Facebook MSL Patch PESLOXdesign atau Whatsapp ke 012-2261512.

Melalui kualiti yang dihasilkan, serta kemaskini percuma untuk versi kedua dan ketiga, harga yang dikenakan boleh dikatakan berpatutan. Korang boleh dapatkan patch ini dengan harga RM50.

2 KOMEN

  1. dijaman yang katanya sulit cari duit….
    eee…..ternyata masih ada celah juga untuk mendapatkan duit yang mudah..
    kemana coba…???
    bagi yang penasaran…, segera kunjungi bola165

JomKomen!