Tidak sah kita mainkan game baru Pro Evolution Soccer (PES) kalau tiada patch untuk Liga Malaysia.

Selepas kira-kira sebulan lebih PES 2019 dilancarkan, pasukan pencipta patch tempatan, PESLOXdesign telah mengeluarkan patch Liga Super Malaysia yang dikemaskini dengan versi musim 2018 untuk PS4.

JomGaming telah mencuba patch ini, dan seperti biasa, hasil yang diberikan adalah sangat berkualiti. Apa yang ada dalam versi kali ini? Ia membawakan 20 pasukan dalam Liga Malaysia, pasukan Malaysia ciptaan serta liga luar negara (bonus).

Korang boleh layan 2 video di bawah untuk saksikan bagaimana patch ini beraksi dalam game.

Dah tengok? Menarik, kan? Melalui kualiti yang dihasilkan, harga yang dikenakan boleh dikatakan berpatutan. Korang boleh dapatkan patch ini dengan harga RM50. Lebih menarik, harga ini bukan sahaja untuk satu patch ini sahaja, malah ia akan memberikan kemaskini pada masa akan datang, termasuklah sekali perpindahan pemain untuk Liga Super Malaysia musim 2019.

Mereka boleh dihubungi melalui laman Facebook MSL Patch PESLOXdesign atau Whatsapp ke 012-2261512.

Jadi, jangan tunggu lama-lama, jom kita berikan sokongan kepada pencipta kandungan tempatan seperti mereka ini!

2 Komen!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.