Tahun baru, musim bola sepak baru, dan semestinya patch baru!

Ia tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk pasukan pereka patch PES tempatan untuk mengeluarkan patch musim baru. Setelah kira-kira sebulan musim 2019 bermula, PESLOXdesign telah mengeluarkan patch Liga Malaysia 2019 untuk PES 2019 bagi platform PS4.

JomGaming telahpun diberi kesempatan untuk mencuba patch ini, dan seperti biasa, hasil yang diberikan adalah sangat berkualiti. Apa yang ada dalam versi kali ini? Patch ini membawakan 20 pasukan dalam Liga Malaysia — 12 pasukan dari Liga Super dan 8 pasukan dari Liga Perdana — serta, pasukan kebangsaan Malaysia.

Selain patch liga tempatan yang sudahpun cukup menarik ini, mereka turut menyediakan patch untuk liga-liga luar negara sebagai bonus seperti Liga Perdana Inggeris, La Liga, Bundesliga dan lain-lain.

Korang boleh layan 3 video di bawah untuk saksikan bagaimana patch ini beraksi dalam game PES 2019.

Dah tengok? Menarik, kan? Melalui kualiti yang dihasilkan, harga yang dikenakan boleh dikatakan berpatutan. Korang boleh dapatkan patch ini dengan harga RM50.

Lebih menarik, harga ini bukan sahaja untuk satu patch ini sahaja. Ketika dihubungi JomGaming, mereka mengatakan yang malah ia akan memberikan kemaskini pada masa akan datang, walau bagaimanapun apakah kandungannya masih dirahsiakan.

Untuk dapatkan patch ini, korang boleh hubungi mereka melalui laman Facebook MSL Patch PESLOXdesign atau Whatsapp ke 012-2261512.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.