Perhatian kepada gamer PC sekalian, ada game baik yang korang boleh dapatkan percuma sekarang!

Game percuma yang ditawarkan pada minggu ini di Epic Games Store ialah game pertama Overcooked, sebuah game memasak co-op yang dibangunkan oleh Ghost Town Games. Tawaran percuma ini akan berlangsung dari sekarang 11 Julai.

Apa yang perlu korang lakukan ialah klik di sini, masukkan Overcooked ke dalam akaun Epic korang, dan game ini akan menjadi milik korang buat selamanya.

Selamat memasak, rakan-rakan.

JomKomen!