Jom kita konvoi ramai-ramai dengan menggunakan mod dari pasukan-pasukan kegemaran anda!
Euro Truck Simulator 2 (ETS2) merupakan sebuah game simulasi kenderaan, di mana para pemain dibenarkan untuk membawa lori di sekitar Eropah. Antara gameplay utama game ini adalah pemain perlu mengambil kargo dari pelbagai lokasi dan hantarnya ke tempat yang dikehendaki. Semakin lama pemain bermain, lebih banyak kenderaan boleh dibeli, serta boleh mengambil pemandu untuk bekerja di bawah pemain.
Apa yang membuatkan game ini menarik adalah keupayaannya membenarkan pemain untuk melakukan mod kepada lori masing-masing. Dan apakah mod yang lebih menarik daripada meletakkan logo-logo dan tema pasukan bola sepak tempatan kegemaran, ya tak?
Muhammad Zaihazli, Khalil Azhar dan Luqman Mods, sekumpulan rakan modder yang juga peminat tegar bola sepak tempatan telah mengambil inisiatif mereka sendiri untuk membina mod bertemakan pasukan-pasukan kesayangan mereka dalam ETS2. Saksikan hasil kerja mereka yang sangat kreatif dan terbaik ini:










Ketika dihubungi JomGaming, Zaihazli telah menceritakan serba sedikit bagaimana mereka membina mod-mod ini. Ini kata beliau:
“Ya, saya bina mod itu atas hasil sendiri bersama rakan-rakan kumpulan saya. Seperti yang diketahui, ETS2 ini hanyalah platform simulator yang terkenal dengan pelbagai jenis lori di Eropah. Malah bukan setakat single-player saja, ada juga multiplayer, main bersama rakan-rakan pemain dari seluruh dunia.
Mengupas tentang ETS2, apa yang menariknya, ia boleh custom mod. Kiranya, sebagai contoh, saya boleh buat livery di lori dan trailer saya dengan menggunakan Photoshop dan ETS2 studio. Proses pembuatan skin/livery di ETS2 bukanlah semudah yang disangkakan.
Pada awalnya, saya bina skin ini hampir seminggu, saya belajar buat mod skin sendiri. Atas usaha dan lelah sendiri yang tak pernah putus asa, saya buat, akhirnya menjadi juga.
Kami buat skin ini hanya sekadar suka-suka dan menjadikan game ini taklah terlalu bosan bila bermain.”
Zaihazli turut berkongsi dengan JomGaming hasil kerjanya yang pertama, sebelum beliau berjaya membuat mod-mod seperti Selangor FA yang cukup kemas itu.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan mod-mod yang sangat menarik ini, anda boleh hubungi Muhammad Zaihazli di Facebook peribadinya.
Untuk dapatkan trailer-trailer skin spec Malaysia, anda boleh menempahnya di Luqman Mods.
Dan kalau anda berminat untuk menyertai komuniti atau kumpulan modder ini, anda boleh sertai Facebook Group Asian Truck Simulator Official Group.
kalau bayar aku tak sure la.. takut crash takleh pakai..