Menu
in , ,

Dapatkan Insurgency Secara Percuma Di Steam Sekarang Dan Simpannya Buat Selamanya

Barang free barang baek.

Game akan datang daripada New World Interactive, Insurgency: Sandstorm akan dilancarkan pada 18 September ini. Bagi meraikan pelancaran game ini, korang boleh dapatkan game asalnya, Insurgency di Steam sekarang secara percuma, dan ia akan menjadi milik korang buat selamanya.

Korang boleh dapatkannya melalui link ini.

Korang kena cepat dapatkannya kerana tawaran ini hanya dalam masa terhad. Tawaran akan tamat pada 16 Ogos, 1 pagi (waktu Malaysia).

Insurgency merupakan game first-person shooter yang membawakan pengalaman peperangan yang sangat realistik, dan memerlukan kerjasama berpasukan yang sangat tinggi. Ia dilancarkan pada tahun 2014.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Leave a Reply

Exit mobile version